Bagi anda yang masih lagi sedang berkira-kira untuk mendapatkan siri telefon pintar Huawei Pura 70, sekarang adalah masa untuk mendapatkannya. Huawei baru-baru ini telah mengumumkan kesemua model telefon pintar berkenaan akan ditawarkan dengan rebat segera RM900 sebagai sebahagian daripada acara Huawei Carnival 2024.

Rebat RM900 tersebut sah digunakan untuk kesemua siri Huawei Pura 70 selagi stok masih ada. Huawei Pura 70 model standard yang dijual pada harga RM3,699 kini bolhe didapati pada harga RM2,999. Melalui rebat RM900 yang sama juga, Huawei Pura 70 Pro kini boleh didapati dengan harga RM3,999 berbanding harga asalnya RM4,899.

Untuk anda yang inginkan terbaik dari siri ini, Huawei Pura 70 Ultra yang memiliki storan 1TB dijual pada harga RM6,599 berbanding RM7,199 pada asalnya.

Huawei Pura70
Huawei Pura70

Sokongan aplikasi-aplikasi Google serta galeri aplikasi yang lebih meriah dan manfaat dari kamera XMAGE yang berkuasanya menjadikan ia telefon pintar terbaik dengan prestasi kamera yang mengancam.

Model Variasi Harga Biasa Selepas rebat
HUAWEI Pura 70 12 + 256 GB RM3,699 RM2,999
HUAWEI Pura 70 Pro 12 + 512 GB RM4,899 RM3,999
HUAWEI Pura 70 Ultra 16 + 512 GB RM6,599 RM5,999
HUAWEI Pura 70 Ultra 16 GB+ 1TB RM7,199 RM6,599

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Huawei Malaysia.

Tinggalkan komentar