Intel selain dari melancarkan Core i9-10900K turut melancarkan 31 lagi pemprosesan baru dari keluarga yang sama.

Senarai keluarga pemprosesan Comet Lake-S ini merangkumi dari setinggi Core i9-10900K hinggalah ke peringkat rendah dwi-teras Celeron 35W.

Secara amnya, keseluruhan pemprosesan-pemprosesan terbaru ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori.

Kategori pertama adalah siri utama Intel Core yang mempunyai 17 model pemprosesan. Ia merangkumi dari pemprosesan Core i3-10110 kuad-teras okto-bebenang 65W hinggalah ke ‘raksasa’ Core i9-10900K 10-teras 20-bebenang.

Berikutnya adalah pemprosesan Comet Lake-S kategori mampu milik seperti pemprosesan Pentium dan Celeron. Seperti di dalam senarai di bawah, pemprosesan ini berada pada harga di sekitar USD 100 (~RM 430).

Terakhir adalah kategori yang meliputi pemprosesan T-series yang memfokuskan pada penggunaan tenaga yang rendah dan optimum. Merangkumi dari Celeron hinggalah ke Core i9, pemprosesan ini mempunyai lingkungan harga yang luas.

Para pengguna dijangka akan menemukan pemprosesan Intel Core Gen Ke-10 pada bulan hadapan di seluruh dunia. Setakat ini masih belum diberitakan mengenai keberadaan dan harga untuk pemprosesan Intel terbaru ini di pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar