Perkhidmatan penjejakan kontak negeri Selangor, SELangkah kini menawarkan pengguna membuat aduan terhadap pengunjung premis yang tidak memakai pelitup muka.
Kemaskini terbaru ini hadir selepas pengumuman yang dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri mengenai pihak kerajaan sedang mempertimbangkan mewajibkan pemakaian pelitup muka. Hal ini disebabkan oleh peningkatan bilangan kes COVID-19 sejak beberapa hari kebelakangan ini.
SELangkah kini akan menanyakan pengguna, “Berapa orang yang anda perhatikan tidak bertopeng muka di sini?” selepas memasukkan maklumat yang diperlukan ketika memasuki premis. Fungsi ini tidak mewajibkan pengguna untuk menjawabnya dan boleh ditutupkan.
Snitching you maskless people on the #SELangkah app pic.twitter.com/SZ2cdhtUeL
β Effi Saharudin π²πΎπ©πΌβπ (@1Obefiend) July 21, 2020
Setakat ini tidak dinyatakan tujuan maklumat-maklumat tersebut bakal digunakan, namun dijangkakan ianya digunakan sebagai kaji selidik sahaja. Sebelum ini pihak kerajaan negeri menjamin data-data yang dikumpul hanya bertujuan penjejakan kontak jika didapati sebarang kewujudan kluster-kluster baharu.
Setakat ini hanya SELangkah menawarkan fungsi membuat aduan berkenaan. Perkhidmatan lain seperti MySejahtera dan KLStep masih lagi belum menawarkan fungsi aduan pengunjung tidak memakai pelitup muka.













