Pemacu solid-state semakin mendapat tempat dan perlahan-lahan ia dijangka bakal menggantikan hard disk tradisional. Antara sebab mengapa ia menjadi pilihan pengguna adalah kerana prestasinya yang lebih baik. Tapi, bila melibatkan kapasiti yang besar kebanyakan pengguna lebih cenderung memilih hard disk tradisional.

Memperkenalkan Seagate Barracuda Pro, sebahagian daripada trio hard disk terbaru dari Seagate. Selain dari Barracuda Pro, Seagate turut memperkenalkan dua lagi keluarga storan 10 GB terbaru, IronWolf dan SkyHawk. Masing-masing digunakan untuk peranti-peranti NAS dan sistem pengawasan.

Walaupun berkapasiti 10TB, hard disk ini masih lagi menggunakan spesifikasi biasa yang selalu terdapat pada hard disk seperti berkelajuan 7,200rpm, pemacu 3.5-inci dengan antaramuka SATA 6Gbps dan cache 128MB. Selain itu, hard disk turut didakwa mempunyai kelajuan pemindahan data berkadaran 220 MB per saat.

Menariknya, Barracuda Pro turut hadir dengan dua jenis varian, 8 GB dan 6 GB. Ketiga-tiga varian ini hadir dengan jaminan tempoh sehingga 5 tahun.Seagate Barracuda Pro 2

Walaupun Seagate Barracuda Pro 10TB bukanlah hard disk yang menawarkan nisbah storan-kepada-harga yang terbaik, ia tentunya amat bermanfaat bagi pengguna yang inginkan storan yang sangat besar untuk storan tunggal. Barracuda Pro kini dijual di Amerika Syarikat pada harga USD 535, bersamaan dengan RM2,165 (tidak termasuk GST).

Sumber berita diperoleh dari PC Gamer

Tinggalkan komentar