Singapura, 19 Mac – Scoot, anak syarikat tambang murah Singapore Airlines (SIA), pada hari ini telah melancarkan jualan percutian Mac yang menawarkan promosi tiket penerbangan dengan diskaun luar biasa ke pelbagai destinasi. Mula dibuka bermula dari 19 Mac hingga 25 Mac 2024, anda boleh memanfaatkan sepenuhnya promosi ini untuk mengembara ke destinasi pilihan anda.
Bagi mereka yang mencari pengalaman yang tidak dapat dilupakan, tandakan kalendar anda untuk perjalanan antara April 2024 dan Mac 2025. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk melancong ke Seoul, dengan tiket penerbangan bermula serendah RM488*, atau menikmati landskap Bali yang mempesonakan, dengan tiket penerbangan serendah dari RM248*.
Sama ada anda tertarik dengan hiruk pikuk kotaraya yang besar atau pantai yang tenang di syurga tropika, Scoot menjemput anda untuk menerokai keajaiban di rantau Asia Pasifik. Sejumlah 37 destinasi ditawarkan menerusi laluan penerbangan Scoot yang luas dan pelbagai pilihan untuk memenuhi bajet setiap pengembara.
Scoot March Network Sale bermula dari 19 hingga 25 Mac 2024, dan menawarkan diskaun tiket penerbangan untuk tempoh perjalanan terpilih antara 1 April 2024 hingga 29 Mac 2025. Nikmati diskaun untuk tiket Economy sehala ke pilihan destinasi, termasuk:
- Kuala Lumpur – Sydney daripada RM608*
- Kuala Lumpur – Melbourne daripada RM608*
- Kuala Lumpur – Perth daripada RM458*
- Kuala Lumpur – Hong Kong daripada RM328*
- Kuala Lumpur – Cebu dari MYR278*
- Kuala Lumpur – Lombok daripada RM268*
- Kuala Lumpur – Bali from RM248*
- Kuala Lumpur – Yogyakarta daripada RM188*
Tempah tiket penerbangan anda sekarang melalui www.flyscoot.com/en/promotions/my-mar-gotta-scoot atau melalui aplikasi mudah alih Scoot!! Jangan tunggu lagi, dan tempahlah hari ini untuk merancang pengembaraan anda yang seterusnya dengan Scoot.












