Samsung Electronics telah mengumumakan beberapa TV 8K dan 4K keluaran 2022 yangn terpilih termasuk monitor gaming keluarannya akan menyokong standard baharu HDR10+ GAMING. Sokongan ini akan memberikan pengalaman HDR yang lebih imersif dan responsif buat para pemain.

Standard ‘gaming’ baharu ini telah dibangunkan oleh HDR10+ Technologies. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada pembangun permainan untuk menyediakan pengalaman kepermainan HDR yang lebih mantap dan konsisten tanpa perlu melakukan kalibrasi secara manual.

Selain itu, Samsung menyatakan monitor TV dan ‘gaming’ keluarannya yang akan datang akan mempunyai keserasian dengan GPU NVIDIA siri GeForce RTX 30, RTX 20, dan GTX 1600. Ia mampu direalisasikan melalui modul G-SYNC atau G-SYNC Compatible yang disediakan pada monitor berkenaan.

Samsung disasarkan akan memperkenalkan HDR10+ GAMING baharu ini bersama-sama paparannya ketika acara CES 2022 pada bulan ini. Antara perintis awal standard ini termasuklah studio pembangunan permainan berkomputer, Sabre Interactive.

Dijangkakan, teknologi baharu berkenaan akan dipertontonkan ketika ucaptama Samsung di dalam acara tahunan tersebut yang akan diadakan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Tinggalkan komentar