Samsung Malaysia pada hari ini telah melancarkan Galaxy Tab A7 Lite secara rasmi, sebulan selepas pengumuman mengenainya dibuat. Berbeza dengan sesetengah pasaran lain, varian bagi pasaran Malaysia hanya menawarkan Wi-Fi sahaja dan boleh didapati bermula dari hari ini.

Spesifikasi Galaxy Tab A7 Lite bagi pasaran Malaysia secara keseluruhannya adalah sama dengan varian global, kecuali sokongan LTE. Secara ringkasnya, tablet ini menawarkan paparan TFT 8.7-inci beresolusi 1,340 x 800 piksel, sepasang pembesar suara Dolby Atmos dan cipset okta-teras (berkemungkinan MediaTek Helio P22T).

Tablet ini juga didatangkan dengan RAM 4GB dan storan dalaman 64GB, serta sokongan storan tambahan sehingga 1TB melalui slot mikroSD.

Selain dari pengecas yang disertakan bersama-sama pembelian tablet ini, Galaxy Tab A7 Lite juga dilengkapkan dengan kamera belakang 8MP, 2MP kamera swafoto, sokongan Bluetooth 5.0 dan bicu audio 3.5mm.

Tablet baharu dari Samsung ini dijual dengan harga RM 699 dan boleh didapati dengan pilihan warna Kelabu atau Perak. Bersempena pelancarannya, Samsung Malaysia turut menyediakan cenderahati percuma bagi setiap pembelian Galaxy Tab A7 Lite. Antaranya, pelapik jernih bernilai RM 89, dan langgan selama 6-bulan percuma e-book 108 Snap Learn yang bernilai RM 225.

Spesifikasi Samsung Tab A7 Lite

Paparan TFT 8.7-inci 1340×800 (WXGA+)
OS Android 11
Ukuran 212.5 x 124.7 x 8.0mm
Berat 366g
Kamera [Belakang] 8MP AF

[Depan] 2MP​

Memori RAM 4GB RAM dengan storan dalaman 64GB

Slot kad mikroSD sehingga  1TB

Cipset Okta-teras

4×2.3GHz + 4×1.8GHz

Bateri 5,100mAh​ (Sokongan pengecas pantas 15W)
Ketersambungan Wi-Fi 5 (802.11 a/b/g/n/ac),

Wi-Fi Direct, Bluetooth® v5.0

Warna Kelabu, Perak
Port penyambung Type C USB 2.0, bicu audio 3.5mm
Sensor Accelerometer, kompas, sensor cahaya
GPS GPS+GLONASS, Beidou, Galileo
Audio Sepasang pembesar suara stereo, Dolby Atmos®
Video Rakaman: FHD (1920×1080) @ 30fps

Main semula: FHD (1920×1080) @ 30fps

Aksesori Book Cover, Clear Cover

Tinggalkan komentar