Samsung akan membawa masuk pilihan warna baharu, Bora Purple untuk Samsung Galaxy S22 ke pasaran Malaysia pada 23 Ogos ini. Pilihan warna ungu yang terang ini hanya dikhususkan pada Galaxy S22 dan tidak terdapat pada Galaxy S22 Plus dan Galaxy S22 Ultra.

Warna ungu sering muncul di dalam siri-siri telefon pintar Samsung Galaxy sebelum ini. Ia kadangkala hadir sebagai salah satu pilihan di dalam sesebuah model seperti Galaxy S21 FE atau ditawarkan dengan pilihan tona warna unik pada sesetengah model.

Bora di dalam bahasa Korea bermaksud ungu dan nama Bora Purple ini secara harfiahnya membawa maksud “ungu ungu”. Lebih kurang nama popular lain di dunia seperti Gurun Sahara yang bermaksud “gurun-gurun” kerana sahara itu di dalam bahasa Arab adalah gurun.Samsung Galaxy S22 Bora Purple Malaysia 23 Ogos

Untuk Samsung Galaxy S22, pilihan warna yang ditawarkan untuknya ketika pelancarannya adalah Phantom Black, Phantom White, Green dan Pink Gold. Spesifikasi telefon pintar mercu keluaran Samsung ini menawarkan skrin 6.1″ Dynamic AMOLED 2X FHD+ 120Hz, cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 8GB, storan sehingga 256GB, kamera belakang 50MP+12MP+10MP, kamera hadapan 10MP, dan bateri 3700 mAh dengan pengecasan 25W.

Buat masa ini Samsung Malaysia tidak menyatakan harga jualannya kelak. Namun, berdasarkan harga yang ditawarkannya secara rasmi bagi pilihan warna lain adalah dari RM3,499.

Pilihan warna Bora Purple untuk Samsung Galaxy Z baharu?

Berdasarkan iklan acah yang dikongsikan sebagai hebahan acara Galaxy Unpacked 2022 yang berlangsung pada malam ini, Samsung telah menampilkan warna ungu sebagai pilihan tema iklan tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada warna ungu tersebut akan menjadi salah satu pilihan warna yang akan ditawarkan atau sekadar hiasan semata-mata.

Untuk jawapannya, nantikan malam ini sesuatu yang lebih hebat bakal berlangsung melalui acara Unpacked yang akan ditayangkan secara langsung menerusi www.samsung.com/mySamsung Malaysia FacebookSamsung Malaysia YouTube, dan Samsung Malaysia Newsroom pada 10 Ogos 2022, Rabu, 9 malam (Waktu Malaysia).

Bermula dari sekarang hingga 10 Ogos ini, daftarkan minat anda di https://www.samsung.com/my/unpacked/ to untuk mendapatkan maklumat terkini secara terus berkenaan inovasi baharu Samsung. Malah, anda juga menerima e-baucar Samsung bernilai RM200 yang boleh digunakan untuk pra-pesanan peranti Galaxy anda yang akan datang.

Tinggalkan komentar