Utama Android Samsung Samsung Galaxy M14 5G hadir 24 Mei ini, Tawaran Harga Istimewa bersempena...

Samsung Galaxy M14 5G hadir 24 Mei ini, Tawaran Harga Istimewa bersempena Pelancaran RM849 untuk sehari sahaja

726
0

Samsung Malaysia telah mengumumkan pelancaran Galaxy M14 5G ke pasaran tempatan bermula pada 24 Mei 2023. Ia akan dilancarkan secara eksklusif di Lazada bersempena LazMall Super Brand Day.

Telefon pintar yang berharga RM1,099 ini diberikan tawaran khas bersempena hari pelancarannya dengan harga RM849 untuk sehari sahaja. Menarik untuk direbut oleh pengguna yang menitik beratkan soal perbelanjaan berhemah.

Dari segi spesifikasi, telefon pintar bajet ini hadir dengan skrin Infinity V FHD+ 6.6-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz bersama-sama sebuah kamera 13MP di sebelah hadapannya. Turut disediakan kamera utama 50MP yang diapit dengan kamera kedalaman 2MP dan makro 2MP pada sebelah belakangnya.samsung-galaxy-m14 akan datang

Ia juga didatangkan dengan bateri berkapasiti 6,000mAh. Tapi sayang, tiada sokongan pengecasan pantas disediakan untuk telefon pintar ini walaupun memiliki kapasiti bateri yang besar.

Hanya satu konfigurasi memori ditawarkan untuk Galaxy M14 5G di Malaysia iaitu 6GB + 128GB. Telefon pintar dengan dua pilihan warna iatu Dark Blue dan Blue ini juga menggunakan antaramuka OneUI. Selain itu, Samsung juga menjanjikan kemaskini perisian untuk sekurang-kurangnya dua generasi sistem operasi Android dan empat tahun untuk kemaskini keselamatan.

Nantikan Super Brand Day Samsung Malaysia di LazMall pada 24 Mei 2023 untuk mendapatkan pelbagai promosi menarik barangan jenama Samsung.

Tinggalkan komentar