Samsung dijangka akan melancarkan telefon pintar siri M baharunya di pasaran Malaysia melalui Galaxy M14 5G. Telefon pintar ini pertama kali diperkenalkan Januari lalu dan hanya ditawarkan di Ukraine pada ketika itu.

Kini, telefon pintar berkenaan dijangka akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi berdasarkan senarai di dalam pangkalan data SIRIM. Menerusi laman tersebut, telefon pintar dengan nombor model SM-M146B/DSN ini telah menerima persijilannya pada 7 April 2023.

Galaxy M14 menampilkan skrin LCD PLS 1080p 6.6-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Sungguhpun ia merupakan telefon pintar peringkat pemula, ia menawarkan sokongan 5G, NFC, Bluetooth 5.2, Wi-Fi dwi jalur, pengimbas cap jari pada sebelah sisi dan bicu audio 3.5mm.

Di dalamnya, telefon pintar ini menggunakan pemprosesan Exynos 1330 dengan RAM 4GB. Untuk storan, ia mempunyai pilihan 64GB atau 128GB selain turut mempunyai slot kad mikroSD untuk tujuan ruang storan tambahan.Samsung-galaxy-m14-Kamera

Pada bahagian belakang telefon ini disediakan tri-kamera yang mengandungi kamera utama 50MP, kamera makro 2MP, dan kamera berkedalaman 2MP. Menariknya, bateri yang ditawarkan oleh telefon pintar ini berkapasiti 6,000mAh dengan sokongan pengecasan 15W.

Samsung Galaxy M14 5G didatangkan dengan antaramuka OneUI 5 berasaskan Android 13. Untuk warnanya, ia didatangkan dengan pilihan biru tentera laut (navy blue), biru cair (light blue) dan perak (silver). Namun, tidak dipastikan apakah jenis warna yang akan ditawarkan ke pasaran Malaysia kelak.

Harganya juga masih belum diketahui untuk pasaran Malaysia nanti. Jika mengikut harganya di Ukraine, ia berharga UAH8,299 (~RM999) untuk varian RAM 4GB dan storan 64GB, manakala untuk varian 4GB+128GB pula harganya adalah UAH8,999 (~RM1,085).

Tinggalkan komentar