Utama Android Samsung Samsung Galaxy A06 5G dilancarkan di Malaysia dengan Harga RM699

Samsung Galaxy A06 5G dilancarkan di Malaysia dengan Harga RM699

464
0

Samsung secara rasminya telah melancarkan telefon pintar peringkat pemula baharunya, Galaxy A06 5G di pasaran Malaysia. Ia berbeza dengan Galaxy A06 sebelum ini yang tidak menawarkan sokongan 5G.

Telefon pintar yang menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 6300 ini menampilkan paparan 6.7-inci HD+ dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Selain itu, ia juga mempunyai pengimbas cap jari pada bahagian sisinya serta penarafan kerintangan air dan debu IP54.

Di Malaysia, Galaxy A06 5G hanya ditawarkan dengan satu pilihan konfigurasi memori iaitu RAM 6GB dan storan 128GB. Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas berwayar 25W.

Dari segi fotografi, pada bahagian belakangnya ditempatkan dwi-kamera yang mengandungi sensor utama 50MP dan sensor berkedalaman 2MP. Di hadapannya pula terdapat kamera 8MP yang berada pada bahagian takuk di sebelah atas paparannya.

Samsung memberikan jaminan kemaskini sehingga empat geneasi sistem operasi dan empat tahun untuk kemaskini keselamatan. Kehadiran Samsung Vault bersama-sama perkakasan rintang sogokan (tamper-resistant) terbina di dalamnya meningkatkan ciri-ciri keselamatannya.

Galaxy A06 5G kini tersedia di Malaysia pada harga RM699 dan ditawarkan dengan pilihan warna Light Green, Light Gray dan Black. Anda boleh membeli telefon pintar baharu Samsung ini menerusi wakil pengedar yang sah, dan juga syarikat telco seperti CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile dan YES Mobile.

Maklumat lanjut, layari Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar