Kemajuan teknologi dalam era digital hari ini telah mencipta peluang signifikan serta cabaran kompleks untuk perniagaan moden. Pada tahun 2000-an, kemunculan sistem Pengurusan Hubungan Pelanggan (CRM) telah mengubah sokongan pelanggan yang diperibadikan, meningkatkan kepuasan serta memupuk kesetiaan pelanggan.

Pada masa sama, perkembangan pesat platform media sosial telah merevolusikan interaksi pelanggan, mengubah cara perniagaan berhubung dengan pelanggan mereka dan memasarkan produk mereka. Menjelang 2010-an, penggunaan meluas aplikasi mudah alih membolehkan perniagaan berhubung secara langsung dengan pelanggan melalui telefon pintar mereka – meningkatkan lagi interaksi, memberikan pengalaman yang diperibadikan, dan membuka saluran baharu untuk pemasaran serta jualan.

Namun begitu, cabaran transformasi digital tidak hanya terletak pada mendapatkan akses kepada teknologi tetapi pada kebolehan perniagaan untuk merancang dan melaksanakan model perniagaan digital yang praktikal. Memetik kata-kata Kane, Palmer, Phillips, Kiron, dan Buckley (2015): “Strategi, bukannya teknologi, yang memacu transformasi digital… Sebaliknya, ia bergantung kepada bagaimana syarikat mengintegrasikannya untuk mengubah perniagaan mereka dan cara mereka bekerja”. Ini menunjukkan bahawa syarikat mesti membangunkan kompetensi dalam memanfaatkan teknologi digital untuk matlamat strategik yang lebih luas. Membangunkan kesedaran digital sebegini adalah teras keutamaan transcosmos.

Dengan hampir enam dekad dalam perkhidmatan penyumberan luar bahagian hadapan dan belakang pejabat di 32 negara dan wilayah, transcosmos berdepan dengan pelbagai peluang yang menarik dan dilema inovasi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Automasi Proses Robotik (RPA) telah muncul sebagai trend transformasi dalam industri penyumberan luar, mengautomasikan tugas rutin dan berulang yang biasanya dilakukan oleh manusia. Walaupun RPA menawarkan kecekapan, ketepatan, dan penjimatan kos lebih tinggi, membolehkan syarikat meletakkan diri mereka sebagai peneraju teknologi, ia turut mencabar model penyumberan luar tradisional. Automasi mengurangkan keperluan untuk pasukan manusia yang besar, menjejaskan aliran pendapatan konsisten yang terikat dengan bilangan pekerja. Selain itu, kos penyelenggaraan dan pelesenan RPA yang selalunya lebih rendah berbanding hasil yang dijana daripada projek intensif manusia, mewujudkan ketegangan antara penggunaan teknologi canggih dan mengekalkan nilai perniagaan tradisional.

Memanfaatkan RPA untuk Inovasi dan Kebolehsuaian 

Industri Penyumberan Luar Proses Perniagaan (BPO), di mana transcosmos beroperasi, merupakan salah satu industri di mana pengoptimuman sumber dan kecekapan adalah penting untuk kejayaan dan kemampanan operasi. Namun, struktur silo tradisional yang pernah mendorong produktiviti pada tugas tertentu sering menghalang aliran maklumat dan idea yang diperlukan untuk inovasi dan kebolehsuaian. Bagi memecahkan halangan silo ini, transcosmos telah bekerjasama dengan Cyclone Robotics untuk menyelaras dan mengoptimumkan proses perniagaan hujung ke hujung, yang bertujuan untuk menyelaraskan usaha antara jabatan ke arah mencapai matlamat bersama berbanding pencapaian jabatan yang berasingan.

“Di transcosmos, kami komited untuk mengintegrasikan perkhidmatan BPO digital bagi memberikan nilai luar biasa kepada pelanggan kami. Dengan mengintegrasikan Automasi Proses Robotik ke dalam operasi kami, kami bukan sahaja mencapai kecekapan dan ketepatan yang signifikan tetapi turut memperkasakan pasukan kami untuk menumpukan perhatian kepada inovasi dan tugas yang lebih bernilai tinggi. Kerjasama dengan Cyclone Robotics ini selari dengan visi kami untuk memanfaatkan automasi sebagai pemboleh strategik, membawa kami lebih dekat kepada matlamat untuk mendefinisikan semula proses perniagaan dan menetapkan penanda aras baharu dalam industri penyumberan luar,” kata Pengarah Urusan TRANSCOSMOS (MALAYSIA) SDN. BHD., Toshio Tozaki.

Dengan memanfaatkan penyelesaian RPA Cyclone sebagai pemacu utama dalam mereka bentuk semula proses perniagaan kritikalnya, terutamanya menerusi penggunaan Quote-to-Cash di jabatan jualan, Procure-to-Pay di jabatan perolehan, Hire-to-Retire di jabatan HR, dan Acquire-to-Dispose di jabatan pengurusan aset, transcosmos mencipta budaya yang menggalakkan inovasi dan kerja berpasukan. Aliran kerja yang dioptimumkan dan diselaraskan ini kemudiannya berjaya mengurangkan modal insan, membolehkan syarikat memberi tumpuan kepada aktiviti yang lebih bernilai tinggi seperti mengimaginasikan semula model perniagaan bagi menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam landskap penyumberan luar yang sentiasa berubah. Selain itu, melalui aktiviti ini, para pekerja boleh mendapat maklumat secara terus tentang bagaimana teknologi canggih boleh bertindak sebagai kuasa mampan dan disruptif, membentuk sistem legasi dan memacu penciptaan model perniagaan yang lebih berdaya tahan dalam landskap digital

Pengalaman dan pemahaman lebih mendalam yang diperolehi pasukan transcosmos membolehkan mereka menjangka dan menangani peluang serta cabaran yang mungkin dihadapi oleh pelanggan mereka apabila mereka menggunakan teknologi transformasi ini. Nilai penting penyedia perkhidmatan penyumberan luar moden tidak hanya terletak pada pengurangan kos, kecekapan, dan ketepatan – faktor yang sekarang ini boleh ditangani melalui pengautomasian. Dengan menumpukan kepada bidang di mana kepakaran manusia masih diperlukan, seperti penyelesaian masalah yang kompleks, membuat keputusan strategik, dan memberikan pengalaman pelanggan yang diperibadikan, syarikat penyumberan luar boleh membezakan perkhidmatan mereka dan meningkatkan peranan mereka untuk menjadi rakan perniagaan strategik yang tiada galang gantinya. 

RPA dan AI untuk Impak Strategik Global

Sebagai komponen penting dalam perjalanan transformasinya, transcosmos Malaysia (TCMY) telah menjadi tapak ujian untuk pembangunan perkhidmatan perniagaan digital, satu fungsi penting untuk mengubah perkhidmatan penyumberan luar transaksi tradisional dalam menyediakan perkongsian perniagaan yang lebih bernilai tinggi kepada pelanggan. Melalui kerjasama antara TCMY dan Cyclone Robotics, Jabatan BPO Digital telah ditubuhkan untuk memanfaatkan RPA, Kecerdasan Buatan (AI) dan Model Bahasa Besar (LLM) dalam membangunkan penyelesaian inovatif yang disesuaikan mengikut keperluan perniagaan yang sedang meningkat naik.

Sinergi antara kepakaran luas transcosmos dalam pelbagai proses perniagaan dan kemahiran Cyclone Robotics dalam mengoptimumkan proses robotik mencipta aliran kerja yang diperkemas lagi berkuasa, membolehkan pelanggan mengintegrasikannya dengan lancar  ke dalam operasi mereka sendiri. Sebagai langkah pertama, BPO Digital menumpukan kepada usaha mereka bentuk semula proses perniagaan yang pada asalnya direka untuk pasukan manusia menjadi aliran kerja yang dioptimumkan khusus untuk RPA. Dengan berbuat demikian, proses yang sebelum ini berbeza disebabkan oleh perbezaan struktur dan kemampuan pasukan boleh diseragamkan, dengan memanfaatkan konsistensi dan ketepatan sistem robotik. Penyeragaman ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan proses tetapi turut meningkatkan kebolehpercayaan operasi automatik.

Selain mengautomasikan proses perniagaan, RPA Cyclone Robotics juga membolehkan data diekstrak daripada sistem legasi yang tidak mempunyai keupayaan eksport dan integrasi moden – yang kebanyakannya sudah ketinggalan zaman. Ini memastikan bahawa pelanggan yang belum bersedia untuk beralih kepada sistem baharu tidak terikat dengan limitasi infrastruktur legasi mereka. Dengan mengumpul data daripada pelbagai sistem dalam sesebuah organisasi, RPA dapat memudahkan penciptaan set data bersepadu. Data bersepadu ini memberikan perspektif yang menyeluruh mengenai syarikat berkenaan, membolehkan mereka membuat keputusan strategik yang lebih bermaklumat dan membolehkan pemimpin organisasi menilai impaknya di setiap jabatan yang berbeza.

Selama ini, pengurusan kanan dan pemegang taruh lain yang tidak terlibat secara langsung dalam operasi harian sering menghadapi cabaran untuk memahami dengan jelas aktiviti yang sedang berjalan. Apabila masalah timbul, mereka bergantung kepada input daripada pasukan operasi, yang selalunya tidak mempunyai perspektif strategik yang diperlukan untuk mengatur penyelesaian mengikut objektif syarikat yang lebih luas. Ketidakserasian ini sering menghalang keupayaan untuk membuat keputusan bermaklumat dan strategik. Dengan keupayaan dipertingkatkan yang disediakan hasil sinergi antara Cyclone Technologies dan transcosmos, perkhidmatan BPO digital bakal melangkaui perkhidmatan transaksi tradisional, berkembang menjadi kerjasama yang dipacu oleh nilai sebenar dengan pelanggan.

Dengan mengautomasikan tugas rutin dan berulang, transcosmos membolehkan tenaga kerjanya menumpukan perhatian kepada aktiviti yang lebih bernilai tinggi sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan syarikat dalam jangka panjang. Langkah penyeragaman dan pengoptimuman proses tersebut menyasarkan untuk merapatkan jurang ini dengan menyediakan ketelusan yang lebih besar dan mengurangkan variasi merangkumi seluruh aliran kerja. Kesefahaman yang lebih jelas ini membolehkan pasukan operasi dan pengurusan kanan bekerjasama dengan lebih berkesan, menggalakkan pembuatan keputusan yang lebih baik dan memacu prestasi organisasi secara keseluruhannya. Penggunaan strategik teknologi canggih ini telah membolehkan transcosmos mencapai tahap kecekapan operasi yang baharu sambil kekal tangkas dalam pasaran yang serba dinamik ini.

Kesimpulan: RPA sebagai Pemboleh Strategik Transformasi Digital

Transformasi perniagaan digital kini menjadi semakin penting untuk syarikat menyesuaikan diri dengan landskap teknologi dan jangkaan pasaran yang sentiasa berkembang. Kerjasama antara Cyclone Robotics dan transcosmos adalah contoh utama bagaimana RPA boleh bertindak sebagai pemboleh strategik transformasi digital. Usaha yang bermula sebagai projek perintis untuk menyelaraskan proses perniagaan di Malaysia kini telah berkembang menjadi inisiatif global yang merangkumi pelbagai jabatan dan wilayah. Transformasi ini membuktikan bahawa RPA bukan sahaja alat untuk meningkatkan kecekapan, tetapi juga pemangkin pertumbuhan dan inovasi strategik.

Ketika transcosmos terus memperkukuh perjalanannya ke arah transformasi digital sepenuhnya,  syarikat itu bersedia untuk menjadi peneraju dalam bidang hiperautomasi, menunjukkan potensi besar RPA untuk menyelaraskan proses perniagaan dengan matlamat strategik yang komprehensif. Cyclone Robotics akan terus kekal menjadi rakan penting dalam perjalanan ini, menyediakan kepakaran dan penyelesaian yang membolehkan transcosmos membuka peluang baharu, memacu kecemerlangan operasi, dan kekal komited terhadap inovasi.

Tinggalkan komentar