Selepas melengkapkan siri Redmi Note 9 untuk pasaran Malaysia pada bulan lalu, tumpuan kini beralih ke Redmi 9 baharu. Menurut Facebook Xiaomi Malaysia, pengguna Malaysia bakal mendapatkan telefon pintar ini bermula dari 18 Jun.

Bagaimanapun, tidak semua pilihan variasi Redmi 9 bakal hadir pada tarikh berkenaan. Pada 18 Jun ini, hanya pilihan RAM 3GB dan storan 32GB mula memasuki ke pasaran. Manakala untuk pilihan RAM 4GB dan storan 64GB pula akan tiba pada 25 Jun.

Kedua-dua variasi Redmi 9 ini dilengkapkan dengan paparan Full HD+ 6.53-inci bersama-sama cipset MediaTek Helio G80, RAM LPDDR4X, dan storan berasaskan eMMC 5.1. Ia juga menawarkan kuad-kamera dibelakangnya melalui konfigurasi lensa utama 13MP, lensa ultra-lebar 8MP, lensa makro 5MP macro, dan lensa berkedalaman 2MP.

Juga dihadapannya menempatkan kamera swafoto 8MP di takuk berbentuk titisan air pada paparannya. Melengkapkan spesfikasi umumnya adalah bateri berkapasiti 5,020mAh yang menyokong teknologi QC3 dan pengecasan pantas sehingga 18W.

Redmi 9 dengan pilihan RAM 3GB dan storan 32GB dijual pada harga RM499. Manakala harga saranan bagi pilihan RAM 4GB dan storan 64GB pula adalah RM599.

Tawaran harga istimewa RM449 ditawarkan untuk Redmi 9 RAM 3GB / ROM 32GB pada hari pelancarannya 18 Jun ini.

Tinggalkan komentar