Sebilangan pengeluar peranti Android dilihat mula mengikuti jejak langkah Apple dengan tidak menyertakan palam pengecas di dalam kotak pembungkusan telefon pintar. Samsung telah menjadi pengeluar Android pertama tidak menyertakan palam pengecas melalui siri Galaxy S21 pada tahun lalu.

Kini, Realme turut mengikut jejak langkah yang sama dengan tidak menyertakan palam pengecas pada telefon keluarannya yang akan datang, Realme Narzo 50A Prime.

Menurut Realme tindakan ini diambil sebagai salah satu usaha melestarikan alam sekitar. Berdasarkan hantaran di dalam forum komuniti Realme, langkah ini juga bertujuan mencapai sasaran sifar karbon menjelang 2025.

Ketiadaan palam pengecas ini juga memberikan lebih banyak ruang penambahbaikan dan pelbagai ciri-ciri lain untuk Realme Narzo 50A Prime. Antaranya melibatkan prestasi cipset dan juga resolusi skrin.

Setakat ini Realme masih belum menyatakan secara rasmi berkenaan spesifikasi Realme Narzo 50A Prime. Apa pandangan anda mengenai ketiadaan palam pengecas di dalam kotak pembungkusan peranti-peranti Android ini? Kongsikannya menerusi ruangan komentar di bawah.

Tinggalkan komentar