Telefon pintar baharu realme, realme GT Master Edition telah pun dilancarkan secara rasminya di pasaran Malaysia sebentar tadi. Bermula 9 September ini, telefon ini boleh didapati secara eksklusif di Lazada dengan harga istimewa pada hari tersebut dari RM 1,399.
Terdapat dua varian ditawarkan bagi model telefon ini iaitu RAM 8GB dengan storan 128GB dan RAM 8GB dengan storan 256GB. Harga yang ditawarkan untuk varian 8GB/128GB di pasaran adalah RM 1,499.
Tetapi anda boleh menikmati harga diskaun RM 1,399 pada hari pertama jualannya. Manakala bagi varian 8GB/256GB pula anda boleh mendapatkannya dengan harga RM 1,699 pada hari tersebut. 

Melalui sentuhan oleh pereka industri popular Jepun, Nauto Fukusawa, telefon realme baharu ini menampilkan rekaan unik yang tersendiri. Anda boleh mendapatkannya dalam dua pilihan warna sama ada Voyager Gray atau Daybreak Blue.
Paparan realme GT Master Edition menampilkan skrin AMOLED FHD+ dari Samsung 6.43-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Untuk kuasa pemprosesannya, ia dilengkapkan dengan Snapdragon 778G. Menariknya, kapasiti memorinya boleh ditambah sehingga 5GB melalui fungsi RAM maya yang disediakan.
Dari sudut fotografi, telefon realme baharu ini hadir dengan konfigurasi tri-kamera yang terdiri daripada 64MP (utama) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro). Turut disediakan, sebuah kamera 32MP disediakan pada sebelah hadapannya untuk tujuan swafoto dan panggilan video.
Melengkapkan spesfikasinya, sebuah bateri berkapasiti 4,300mAH turut disediakan dengan sokongan teknologi pengecasan pantas SuperDart 65W. Setiap pembelian telefon pintar realme ini akan didatangkan bersama-sama pengecas 65W.
Anda boleh mendapatkan realme GT Master Edition RAM 8GB dengan storan 128GB dan realme GT Master Edition RAM 8GB dengan storan 256GB secara eksklusif di Lazada.













