Utama Android Realme realme 14T kini di Malaysia pada harga RM999

realme 14T kini di Malaysia pada harga RM999

23
0

realme secara rasminya telah mengumumkan ketibaan realme 14T di pasaran Malaysia. Model keempat daripada siri realme 14 ini menawarkan konfigurasi RAM 8GB dan storan 256GB.

Ia menampilkan paparan AMOLED 6.67-inci 1080p dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kecerahan puncak HDR 2,000 nits. Di dalamnya terdapat pemprosesan MediaTek Dimensity 6300 yang turut menawarkan sokongan ketersambungan 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.3 dan NFC.

Dari segi pengimejannya pula, telefon pintar affordable ini menampilkan kamera utama 50MP, sensor monokrom, dan kamera hadapan 16MP. Baterinya hadir dengan kapasiti yang besar pada 6,000mAh bersama-sama sokongan pengecasan 45W. Ia juga mempunyai pengimbas cap jari terbina bawahnya, serta memiliki penarafan IP69 bagi kerintangan debu dan air.

realme 14T dijual pada harga RM999 untuk konfigurasi 8GB+256GB dengan dua pilihan warna. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai rasmi, wakil pengedar yang sah, serta kedai Shopee, Lazada dan TikTok rasmi bermula dari 17 Mei ini. Pembelian yang dibuat di sepanjang tempoh 17 Mei sehingga 14 Jun akan menerima waranti lanjutan secara percuma.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.