Utama Mobile Aplikasi PUBG Mobile x Boboiboy: Tencent umumkan kolaborasi terkini dengan watak Animasi Popular...

PUBG Mobile x Boboiboy: Tencent umumkan kolaborasi terkini dengan watak Animasi Popular Malaysia

1073
0
PUBG Mobile x Boboiboy Akan Datang

PUBG Mobile secara rasminya mengumumkan kolaborasi yang akan datang dengan watak animasi popular Malaysia Boboiboy dari Animonsta Studios. Terdahulu PUBG Mobile telah menerbitkan iklan acah berkenaan kerjasama ini menerusi laman media sosial rasminya.

Tencent sering menjalinkan kolaborasi dan perkongsian bersama dengan jenama dan watak-watak yang terkenal. Kolaborasi ini akan membawakan kandungan baharu, skins, dan tema-tema berkaitan permainan berkenaan.

Iklan acah kolaborasi di antara PUBG Mobile x Boboiboy menunjukkan pakaian dan pelbagai skins baharu di dalam permainan berkenaan. Para pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pakaian dan skins dari acara dalam permainan PUBG Mobile tidak lama lagi.

Baru-baru ini, kemaskini PUBG Mobile 2.2 telah pun dilancarkan dengan membawakan pelbgai ciri, peta dan banyak lagi pembaharuan ke dalam permainan mudah alih tersebut. Pemain-pemain boleh mengemaskini permainan tersebut sekarang dan mula menerokai peta baharu dan juga mencuba ciri-ciri baharu berkenaan.

Usahasama antara PUBG Mobile dan Boboiboy merupakan salah satu daripada kolaborasi tempatan yang akan dilancarkan pada tahun ini. Melaluinya, pemain boleh bertempur menggunakan payung terjun 3D, set dan topi eksklusif Boboiboy.PUBG Mobile x Boboiboy Teaser

Tinggalkan komentar