Julai lalu, Sony Interaktive Entertainment telah mengumumkan program kesetiaan baharu yang dinamakan sebagai PlayStation Stars. Program ini telah pun mula dilancarkan ke seluruh Asia termasuk Malaysia dengan menawarkan mata ganjaran untuk anda yang melakukan cabaran bulanan.

PlayStation Stars ini percuma untuk disertai melalui aplikasi mudah alih PlayStation. Antara bonus yang ditawarkan melalui program ini adalah mata ganjaran tambahan apabila anda melanggan PlayStation Plus.

Dari aplikasi tersebut juga, anda boleh melihat cabaran bulan yang dikenali sebagai kempen dan anda yang melengkapkannya akan menerima ganjaran bentuk mata atau barangan digital boleh kumpul. Anda boleh menggunakan mata ganjaran tersebut untuk tujuan mendapatkan barangan boleh kumpul, permainan dan juga isian semula PSN Wallet.Sony PlayStation 5 PS 5 Console

Kempen-kempen yang ditawarkan merangkumi memainkan permainan-permainan tertentu atau membeli permainan tertentu. Mata ganjaran yang dikumpulkan akan luput dalam tempoh 24 bulan.

Salah satu kelebihan untuk pelanggan PS Plus, anda boleh menerima mata PlayStation Stars apabila anda membuat pembelian dari PS Store. Maklumat lanjut, layari https://www.playstation.com/en-my/playstation-stars/

Tinggalkan komentar