Warganegara Malaysia kini boleh menebus subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95) di stesen minyak terpilih seluruh negara menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet tanpa perlu menunjukkan MyKad.

TNG Digital, syarikat yang mengurus TNG eWallet, berkata pengguna boleh menyemak kelayakan, menjejak baki subsidi yang diperuntukkan serta membuat pembayaran petrol terus melalui aplikasi tersebut.

Sebelum ini warganegara yang layak boleh mendapatkan petrol BUDI95 melalui Touch ‘n Go eWallet dengan membawakan kod QR untuk diimbas di kaunter stesen minyak.

Syarikat itu menyatakan inisiatif ini menawarkan tiga kelebihan utama iaitu satu aplikasi untuk semua stesen minyak, tidak memerlukan MyKad fizikal, dan pengalaman Setel bersepadu di stesen PETRONAS.

“Memandangkan semua pengguna TNG eWallet telah disahkan melalui pengesahan Kenali Pelanggan Anda secara elektronik (eKYC), tidak perlu menunjukkan kad pengenalan fizikal di pam atau kaunter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TNG Digital berkata setiap akaun disambungkan secara selamat kepada identiti disahkan pengguna dan peranti mudah alih, menawarkan cara yang lebih selamat dan mudah untuk mengakses subsidi berkenaan.

Satu siri video panduan turut diterbitkan sebagai panduan di laman media sosial TNG Digital termasuk Facebook, Instagram, TikTok, XHS, LinkedIn dan YouTube.

Dapatkan aplikasi Touch ‘n Go eWallet di Google Play, App Store, dan Huawei App Gallery.

Tinggalkan komentar