Utama Teknologi Pesta Jualan Buku Serigala Besar Jahat 2013 Kini Kembali di The Mines

Pesta Jualan Buku Serigala Besar Jahat 2013 Kini Kembali di The Mines

993
22

Pesta Jualan Buku ‘Serigala Besar Jahat 2013’ atau dalam Bahasa Inggerisnya, ‘The Big Bad Wolf Book Sale 2013‘ bermula dari pukul 7 pagi 6 Disember 2013 hingga pukul 9 malam 15 Disember 2013. Lokasi pesta jualan ini bakal diadakan di The Mines Seri Kembangan. Banyak judul-judul buku menarik dijual pada diskaun sehingga 75%-95%. Menariknya tentang pesta ini, ia berlangsung secara berterusan 24 jam setiap hari bersamaan 230 jam straight.
Jadi, bagi pekerja-pekerja yang tidak berkesempatan berkunjung pada waktu siang kerana terpaksa kejar shift, masih berpeluang mengunjungi pesta jualan ini pada pukul 3 pagi.
Buku Kanak-Kanak dijual pada harga serendah RM1
Sejumlah 250,000 buah buku Bahasa Melayu dijual serendah RM3
Biasa kat Kino cecah ratus-ratus buku ni, kat BBW cuma RM20
Paling menarik bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil adalah tempat mainan kanak-kanak turut disediakan pada kadar RM10 sejam dan RM30 untuk sehari suntuk. Krew-krew BBW akan menolong tengok-tengokkan anak-anak anda bermain di sana. Anak-anak juga dipesan supaya memakai stokin sewaktu bermain di dalam playland ini.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di The Big Bad Wolf Books

22 KOMEN

  1. menariknya. murah betul kalo 75 percent ke atas discount dia. nak pegi…. tapi ntah le bila. nak pegi time 3 pagi tu karang kesian pulak kat encik luth tgh tido. hehe. awk dah pegi ke belum.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.