Penyedia internet dan jalur lebar di seluruh dunia menjadi ‘mangsa’ terbaru dalam masalah kekurangan bekalan cip. Rantaian pengeluar-pengeluar router global kini telah menambah waktu menunggu komponen-komponen sehingga 60 minggu.

Menurut Bloomberg, waktu menunggu kali ini adalah dua kali ganda lebih lama berbanding sebelumnya. Sebahagian besar pengeluar masih lagi mempunyai router di dalam simpanan masing-masing.

Tetapi, bagi pengeluar berpangkalan di Taiwan, Zyxel Communications kesan dari kekurangan bekalan ini mengakibatkan kesan yang ketara terhadap pengeluarannya. Keadaan diburukkan lagi dengan masalah kapal kontena Evergreen yang tersangkut di Terusan Suez beberapa pada minggu lepas.

Masalah kekurangan bekalan cip yang kian meruncing telah memberi kesan terhadap industri elektronik di seluruh dunia. Pengeluar GPU seperti NVIDIA dan AMD turut berdepan dengan masalah pengeluaran kad grafik keluarannya yang terkini.

Lebih malang lagi, segelintir pihak berkepentingan dan pelombong kripto telah mencatut bekalan komponen komputer sedia ada.

Tinggalkan komentar