Elon Musk, manusia terkaya di dunia telah menyebabkan saham dan peminat kelab bolasepak Manchester United melonjak naik gara-gara beliau menyatakan hasrat untuk membeli kelab tersebut menerusi Twitter. Hantaran beliau berkenaan disusuli dengan satu lagi hantaran yang menjelaskan ia adalah sekadar gurauan.
Pernah menjadi salah satu kelab bola sepak paling berjaya di dunia, pasukan dengan nama jolokan “The Red Devils” berkenaan kini menghuni di tangga terbawah Liga Perdana Inggeris.
Kelab berkenaan juga sering bertukar tampuk kepimpinan menyaksikan lapan pengurus datang dan pergi dalam tempoh 10 tahun. Sesetengah peminat dan pelabur juga mula mempersoalkan sama ada pemilik kelab berkenaan yang dimiliki oleh keluarga Glazer dari Amerika Syarikat perlu menjualkannya.
Isi Kandungan
Tiba-tiba datang Elon Musk
“Secara jelasnya, saya menyokong sebelah kiri Parti Republican dan separuh kanan Parti Democrat! Juga, saya akan membeli Manchester United, sama-sama ya,” ujar hantaran oleh Ketua Pegawai Eksekutif berusia 51 tahun berkenaan kepada 103 juta pengikutnya di Twitter.
Also, I’m buying Manchester United ur welcome
— Elon Musk (@elonmusk) August 17, 2022
Sesetengah peyokong sebelum ini mendesak Elon Musk di Twitter untuk mempertimbangkan pembelian Manchester United. Ini kerana mereka melihat pelaburan yang rendah dilakukan oleh ahli keluarga Glazer dalam membangunkan kelab berkenaan. Kali terakhir Manchester United menjulang kejuaraan liga adalah pada 2013.
Dalam tempoh enam jam selepas hantaran tersebut dibuat, sebanyak 500,000 like telah diterima. Sesetengah pengguna tidak ambil serius dengannya, mengambil kira tindakan Elon Musk sebelum ini seperti mengambil alih Twitter.
Hanya sekadar bayangan gurauan
“Tak, ini hanyalah sekadar gurauan saya seperti biasa di Twitter. Saya tidak akan membeli mana-mana pasukan sukan,” menurut hantaran Elon Musk apabila ditanya sama ada beliau serius.
“Tapi, kalau boleh pilih mana-mana pasukan, saya akan pilih Man U,” tambah beliau lagi. “Ia kerana mereka adalah pasukan kegemaran saya sejak kecil,”
Keluarga Glazer, Elon Musk dan peguamnya tidak memberikan respon mengenai hantaran tersebut. Manakala Manchester United pula enggan memberikan sebarang ulasan.
Penyokong Manchester United pula jelas tidak berpuas hati.
“Ia cuma satu tweet dari seseorang yang tidak berfikir dua kali sebelum menulis sesuatu,” menurut Kelab Peminat Fanatik Manchester United Hungary.
Kumpulan peminat dari Kolkata pula menambah, “Ini sekali lagi menunjukkan bukti bahawa Elon Musk dan tweetnya sekadar gimik sahaja. Walaupun bagus juga kalau dia betul-betul melaburkan 1/10 dari apa yang dia bayar ke Twitter untuk membeli kelab lagenda ini.. majoriti akar umbi Manchester United menolak kepimpinan keluarga Glazer,”