Pakej Perpaduan yang telah diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini akan dilancarkan pada 28 Februari 2023. Ia akan ditawarkan oleh syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara.

Antaranya termasuklah CelcomDigi, Maxis Berhad (Maxis), Telekom Malaysia Berhad (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (YES). Ia seterusnya akan menggantikan Pakej Remaja yang diperkenalkan sebelum ini

Terdahulu kerajaan telah mengumumkan Pakej Perpaduan yang akan menawarkan pakej prabayar bernilai RM30 untuk tempoh selama enam bulan. Kelajuan data tersebut akan ditetapkan pada 3Mbps dengan kuota sebanyak 30GB sepanjang tempoh tersebut dengan 5GB data bagi setiap bulan.

Pakej ini disasarkan kepada belia berusia di bawah 30 tahun, warga emas, veteran anggota beruniform, OKU, dan golongan B40.

Usaha memperkenalkan pakej telekomunikasi berharga mampu milik ini wajar diraikan. Namun begitu, dengan data 5GB sebulan pada kelajuan 3Mbps, penggunaan hanya terhad sekitar memeriksa emel, membaca berita dan tidak sesuai untuk menonton kandungan video.

Tinggalkan komentar