Google Fiber adalah penyedia perkhidmatan internet dari Google yang menyediakan kemudahan internet dengan pakej yuran langganan serendah USD0 setiap bulan. Bagaimanapun buat masa ini kawasan yang dirangkuminya masih lagi terhad di beberapa bandar-bandar utama di Amerika Syarikat.

Pakej yang ditawarkan bermula dari pakej Basic Internet dengan bayaran RM0 sebulan memberikan pengguna kelajuan muat turun 5Mbps dan muat naik  1Mbps. Pengguna hanya dikenakan bayaran sekali sahaja untuk bayaran pemasangan sebanyak USD300. Itupun boleh dibayar secara ansuran 12 bulan sebanyak USD25/bulan.

Menariknya, di dalam pakej Basic Internet ini adalah pengguna tidak akan dikenakan sebarang had kuota penggunaan internet seperti yang biasa dilakukan oleh pembekal perkhidmatan internet di Malaysia. Malah, pengguna juga diberikan jaminan penggunaan perkhidmatan internet menggunakan Google Fiber ini selama 7 tahun, berserta khidmat baik pulih secara percuma dalam tempoh tersebut.

Kelajuan 5Mbps ini sudah lebih dari memadai bagi pengguna seperti di Malaysia. Ia lebih pantas jika dibandingkan dengan pakej langganan jalur lebar Streamyx dari TM. Sudahlah lembab, mahal pulak tu. Tak cukup dengan tu, kuat menipu pelanggan pun ya jugak.

Imej dari 9Gag
Imej dari 9Gag

Bebalik kepada Google Fiber, selain dari pakej Basic Internet itu tadi, ada dua lagi pakej yang ditawarkan oleh Google Fiber, Gigabit Internet dan Gigabit TV. Masing-masing ditawarkan pada harga USD70/bulan dan USD130/bulan. Kedua-duanya mampu memuat turun dan memuat naik pada kelajuan 1Gbps atau 1,000 Mbps. Memang berdesup perginya kalau dah laju macam tu, nak download fail filem beresolusi 1080p pun mungkin hanya makan masa sekitar seminit sahaja. Beza kedua-dua pakej ini hanyalah salah satunya, Gigabit TV  menawarkan lebih dari 150 siaran televisyen yang ada diantaranya adalah saluran berdefinisi tinggi (HD).

Imej dari The Star
Imej dari The Star

Bagaimanapun, di Malaysia ni, kita cuma boleh berangan aje la untuk dapatkan pakej tawaran internet yang best macam Google Fiber ni. Jangankan nak dapat servis macam Google Fiber kat Amerika sana nun, nak samakan taraf dengan Vietnam dari segi pakej kelajuan menarik pada pakej mampu milik untuk pengguna pun kita masih lagi tercungap-cungap.

-Imej cover diperoleh dari Google Fiber

5 KOMEN

Tinggalkan komentar