Pac-Man, sebuah judul permainan video yang popular dan hadir dalam pelbagai versi dan platform kini percuma untuk dimuat turun. Sehingga 10 Mei ini, Pac-Man Championship Edition 2 boleh dimuat turun di Xbox, PlayStation 4 dan PC (Steam).
Pac-Man Championship Edition 2 pertama kali diterbitkan pada tahun 2016 dan menerima pelbagai pandangan dari peminat permainan komputer.
Sungguhpun menerima pelbagai kritikan, tidak salah untuk anda mencuba memainkannya sebab, benda percuma, kan?
Tambahan pula siri permainan yang sudah dikenali sejak lebih kurang 40 tahun ini pastinya membangkitkan nostalgia anda. Cumanya, bermain di dalam platform 3D mungkin membuatkan sesetengah anda berasa sedikit pening.
Permainan ini mempunyai pelbagai mod untuk dicuba oleh pmain. Antaranya Socre Attack dan Adventure Mode. Pac-Man Championship Edition 2 adalah permainan pemain tunggal (single player) dan bagi anda yang mengharapkan boleh dimainkan secara berdua atau berbilang mungkin berasa hampa.













