Utama Komputer Toshiba tingkatkan kapasiti SSD kepada 7.68 TB

Toshiba tingkatkan kapasiti SSD kepada 7.68 TB

964
2

Toshiba dilihat agak ketinggalan dalam perlumbaan penghasilan kapasiti storan SSD yang lebih besar berbanding pengeluar lain. Namun kini, syarikat multinasional berasal dari Jepun ini telah mengorak langkah dengan menghasilkan SSD ZD6000 berkapasiti 7.68 TB.

Pemacu terbaru ini merupakan SSD berkapasiti terbesar yang pernah dihasilkan oleh Toshiba sehingga kini. Terdahulu, paling besar yang pernah dihasilkan adalah 4 TB.

Tetapi pada kapasiti ini, ianya masih lagi terlalu jauh untuk mencapai apa yang Samsung telah hasilkan, SSD berkapasiti 15.36 TB.

Justeru, menjadikan kapasiti ZD6000 ini hanya separuh dari apa yang Samsung tawarkan. Dijangkakan, tidak lama lagi Toshiba mampu menghasilkan SSD yang berkapasiti lebih besar dari 8 TB memandangkan ia telah pun memiliki teknologi penghasilan SSD yang lebih baik.

SSD terbaru ini mensasarkan pada segmen pasaran enterprise yang mementingkan pemacu yang lasak bagi storan data jangka panjang seperti penstriman video dari pusat data ke peranti penggunanya. SSD khusus untuk enterprise juga boleh digunakan sebagai cache atau storan sementara bagi data-data yang akan diproses oleh komputer.

Kapasiti paling kecil yang ditawarkan pada SSD model ini bermula dari 800GB. Bagaimanapun buat masa ini, pihak Toshiba masih belum menyatakan secara rasmi harga jualan SSD berkenaan. Namun, dijangkakan ianya lebih mahal dari SSD untuk kegunaan pengguna biasa kerana SSD enterprise dibuat lebih tahan lasak, jangka hayat yang lebih panjang serta lebih pantas.

SSD ini juga merupakan storan pemacu 2.5 inci yang boleh dimuatkan ke dalam slot storan NVMe pada PCI-Express 3.0.

-Sumber berita diperoleh dari Toshiba US

2 KOMEN

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.