OPPO telah melancarkan telefon pintar boleh lipat generasi baharunya, OPPO Find N6. Ia diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia pada 17 Mac 2026.
Peranti kelas mercu ini ditawarkan pada harga RM8,699. Fokus utamanya terhadap inovasi skrin tanpa kesan lipatan (Zero-Feel Crease) serta spesifikasi kamera bertaraf tinggi.
Teknologi paparannya yang disempurnakan dengan engsel ‘Titanium Flexion’ generasi kedua yang dihasilkan melalui cetakan cecair 3D untuk ukuran jitu. Ia dipadankan bersama kaca paparan lentur ‘Auto-Smoothing’ yang memberikan ketahanan 338% lebih tinggi terhadap perubahan bentuk fizikal.
Hasilnya, pembentukan garisan lipatan jangka panjang dapat dikurangkan secara drastik sehingga 82% berbanding model sebelumnya.
Menurut OPPO, skrin utama peranti ini mampu kekal rata walaupun selepas melalui 600,000 kali proses buka dan tutup.
Berikut adalah spesifikasi dan ciri utama OPPO Find N6:
| Ciri | Spesifikasi |
|---|---|
| Cipset | Qualcomm Snapdragon 8 Elite Gen 5 (3 nm) |
| Sistem Operasi | Android 15, ColorOS 15 |
| Paparan Utama (Dalaman) | 8.12-inci AMOLED, Resolusi 2K/QXGA+, Kadar Segar Semula Adaptif 1-120Hz (LTPO) |
| Paparan Luar | 6.62-inci AMOLED, Resolusi FHD+, Kadar Segar Semula 1-120Hz (LTPO) |
| Memori (RAM) | 16GB |
| Storan Dalaman (ROM) | 512GB |
| Kamera Belakang | 200MP Utama (Hasselblad), 50MP Telefoto, 50MP Ultra-lebar, 2MP Lensa Multispektral |
| Kamera Depan (Luar & Dalam) | 20MP untuk setiap skrin |
| Kapasiti Bateri | 6,000mAh (Konfigurasi bateri ganda: 2,700 mAh + 3,150 mAh) |
| Aksesori Sokongan | OPPO AI Pen (Pena stylus) |
| Pilihan Warna | Blossom Orange, Stellar Titanium, Deep Black |
| Harga di Malaysia | RM8,699 |
OPPO Find N6 ditawarkan dalam dua pilihan warna elegan iaitu Blossom Orange dan Stellar Titanium. Pra-tempahan kini dibuka sehingga 19 Mac 2026.
Anda berpeluang menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM2,297. Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah jam tangan pintar OPPO Watch S atau vakum robotik pintar LeFant M320, serta set OPPO AI Pen. Jualan bermula pada 20 Mac 2026 di seluruh negara.












