
Netflix, Amazon, Apple TV+, Disney+, HBO Max, Hulu, Paramount+ dan Peacock secara kolektif telah mengeluarkan sejumlah 1,752 buah filem dan 4,878 jam kandungan asal tayangan pertama pada tahun 2022, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 60% dalam jumlah filem dan 87% dalam jumlah jam.
Netflix merupakan pencipta yang paling prolifik dengan 935 buah filem dan 3,531 jam yang diterbitkan pada tahun 2022 di mana lebih 50% daripadanya adalah dari luar AS. Sejak Lilyhammer ditayangkan pada tahun 2012, yang merupakan siri asal Netflix yang pertama, Omdia menganggarkan bahawa Netflix telah melancarkan lebih 14,000 jam penerbitan asal.
Omdia menganggarkan bahawa sebanyak 935 kandungan asal dalam talian Netflix telah ditayangkan pada tahun 2022 (tidak semestinya pada tahun yang sama ia dihasilkan) yang bernilai $5.8 bilion pada tahun lalu. Selain itu, Omdia turut menganggarkan bahawa 42% daripada jumlah ini telah dilaburkan oleh penstrim di luar Amerika Utara dengan pelaburan bernilai $1.1 bilion dan $1 bilion masing-masing di Eropah serta Asia dan Oceania.
Untuk tahun ketiga berturut-turut, Amazon telah menayangkan lebih banyak filem bukan AS pada Prime Video berbanding filem AS. Pada tahun 2022, ia menayangkan 203 buah filem dan 764 jam program asal tayangan pertama yang merupakan jumlah tahunan Amazon yang tertinggi pernah dicatatkan.
“Peningkatan dalam penerbitan asal ini didorong terutamanya oleh dua faktor: penerbitan baharu yang lewat disebabkan oleh pandemik COVID akhirnya tiba dalam talian dan pelancaran antarabangsa yang berterusan bagi perkhidmatan D2C yang disokong oleh studio seperti Disney+, HBO Max dan Paramount+,” kata Tim Westcott, Penganalisis Utama Kanan Omdia.
Jumlah filem asal daripada penyedia-penyedia lain ini yang ditayangkan pada tahun 2022 telah meningkat kepada 614 buah filem pada tahun 2022, peningkatan tahun ke tahun sebanyak 44%. Sebahagian besar daripada filem-filem ini adalah dari AS. Perkhidmatan Warner Bros. Discovery, HBO Max menerbitkan lebih 30% daripada 614 buah filem, di mana Disney+ menyumbang sebanyak 19%.
“Sama ada kita akan menyaksikan pertumbuhan yang sama pada tahun ini masih belum diketahui, di mana Warner Bros. Discovery dan juga Disney menghadapi tekanan daripada para pemegang saham untuk mengurangkan perbelanjaan serta mengurangkan kerugian ekoran langkah strategik mereka ke arah penstriman,” kata Westcott.
TENTANG OMDIA
Omdia, sebahagian daripada syarikat Informa Tech, ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat teknologi. Pengetahuan mendalam kami tentang pasaran teknologi digabungkan dengan pemahaman kami yang boleh dilaksana bagi memperkasakan organisasi untuk membuat keputusan pertumbuhan yang bijak.
Fasiha Khan / +44 7503 666806 / fasiha.khan@omdia.com
Sila layari www.omdia.com

Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2032584/Omdia__Netflix_vs_Others_Online_Original_Titles_and_Hours_by_year.jpg
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2032583/Omdia___Original_investment.jpg














