Nothing telah mengumumkan tarikh pelancaran Phone (3) baharu keluarannya pada 1 Julai jam 6 petang waktu Britain, atau bersamaan 2 Julai jam 1 pagi waktu Malaysia. Ketersediaan telefon pintar ini di pasaran tempatan buat masa ini masih lagi belum diketahui.
Berdasarkan maklumat yang dikongsikan di platform media sosial X, kemungkinan telefon pintar ini akan didatangkan dengan paparan dot-matriks, dan akan menggantikan antaramuka Glyph sebelum ini. Paparan ini dijangka akan memberikan lebih ruang pengubahsuaian kepada penggunanya.
Masih banyak lagi maklumat berkenaan telefon pintar ini diketahui secara umum walaupun iklan acahnya diterbitkan lebih awal. Terdapat ura-ura yang mendakwa Nothing Phone (3) akan menggunakan Snapdragon 8 Gen 3.