Pertama kali diumumkan di dalam acara IFA 2022 pada bulan lepas, HMD Global baru-baru ini telah mengesahkan Nokia X30 5G mula membuka pra-tempahannya pada hari ini, 24 Oktober 2022.

Telefon pintar dengan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 695 ini menggunakan kerangka yang diperbuat daripada 100% aluminium kitar semula. Bahagian belakangnya pula diperbuat daripada 65% plastik kitar semula.

Nokia X30 5G hadir dengan skrin AMOLED Full HD+ 6.43-inci bersama-sama kadar penyegaran semula 90Hz. Paparannya ini juga menyediakan pengimbas cap jari terbina dalam dan dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus.nokia-x30-5g-skrin

Fotografinya pula ditawarkan melalui kamera belakang PureView yang juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass dengan lapisan antisilau DX+. Perkakasan modul pengimejan ini mengandungi kamera utama 50MP f/1.8 dan satu kamera ultra-lebar 13MP f/2.4 bersama-sama kamera hadapan 16MP f/2.4.nokia-x30-5g-kamera

Melengkapkan spesifikasinya, sebuah bateri berkapasiti 4,200mAh yang dikatakan mampu bertahan sehingga dua hari penggunaan, menurut HMD Global. Nokia X30 5G juga mampu menawarkan sokongan pengecasan pantas sehingga 33W yang perlu pengguna membelinya secara berasingan kerana ia tidak disertakan bersekali.

Harga Nokia X30 5G di Malaysia

Buat masa ini HMD tidak menyatakan konfigurasi apa yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia sama ada RAM 6GB + storan 128GB atau 8GB + storan 256GB. Hanya harga yang ditawarkan sahaja dinyatakan iaitu RM2,099 di dalam laman pra-tempahannya menerusi Shopee dan Lazada.

  • Nokia X30 5G (RAM 6GB + storan 128GB – RM2,099

Nokia-X30-5G Harga Malaysia

 

Tinggalkan komentar