Telefon pintar Nokia antara yang terlaris di pasaran, Nokia 5.4 kini telah tiba di pasaran tempatan. Pada harga RM899, Nokia 5.4 menawarkan RAM 4GB dan storan 128GB.

Dari spesfikasinya, telefon pintar ini menggunakan cipset Snapdragon 662 bersama-sama paparan HD+ 6.39-inci.

Untuk kamera belakangnya, ia menawarkan konfigurasi kuad-kamera dengan menggandingkan kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP, kamera berkedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Manakala pada sebelah hadapannya pula, Nokia 5.4 menyediakan sebuah kamera swafoto 16MP.

Telefon pintar yang menyediakan bateri berkapasiti 4,000mAh ini bagaimanapun hanya menyediakan keupayaan pengecasan 10W sahaja.

Tidak ketinggalan, terdapat sebuah butang yang dikhususkan untuk kegunaan Google Assistant bersama-sama pengimbas cap jari.

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan Nokia 5.4, anda boleh mendapatkannya menerusi kedai dalam talian rasminya di Lazada dan Shopee. Selain itu, anda juga boleh membelinya melalui pengedarnya yang sah di Malaysia, Macpie Distributor.

Spesifikasi Nokia 5.4

Prestasi

Pemprosesan Octa-core (4×2.0 GHz Kryo 260 Gold & 4×1.8 GHz Kryo 260 Silver)
Cipset Qualcomm SM6115 Snapdragon 662 (11 nm)
GPU Adreno 610
RAM & Storan 64GB 4GB RAM, 64GB 6GB RAM, 128GB 4GB RAM
Storan tambahan mikroSDXC (slot khas)
OS Android 10
Bateri Li-Po 4000 mAh,
Kuasa pengecasan 10W

Skrin

Saiz paparan 6.39-inci
720 x 1560 piksel
Jenis paparan IPS LCD, 400 nits (typ)

Kerangka

Ukuran 161  x  76  x  8.7 mm
Berat 181 g (6.38 oz)
Warna Polar Night, Dusk

Ketersambungan

SIM SIM tunggal (Nano-SIM) atau dwi SIM (Nano-SIM, dwi-sedia)
Kelajuan data HSPA 42.2/5.76 Mbps, LTE Cat4 150/50 Mbps
Wifi Wi-Fi 802.11 b/g/n, hotspot
Bluetooth 4.2, A2DP, aptX Adaptive
NFC Ada (bergantung pada pasaran)
USB USB Type-C 2.0, USB On-The-Go

Penderia

Penderia Pengimbas cap jari (belakang), accelerometer, gyro, proksimiti
GPS Ada, dengan A-GPS, GLONASS, GALILEO, BDS
Radio Radio FM

Kamera & Video

Kamera belakang Kuad: 48 MP, f/1.8, (lebar), PDAF + 5 MP, 13mm (ultra-lebar) + 2 MP, (makro) + 2 MP, (kedalaman)
Kamera hadapan 16 MP, f/2.0, (lebar)
Video 4K@30fps, 1080p@30fps
Swafoto: 1080p@30fps
Fungsi lain LED flash, HDR, panorama

Audio

Pembesar suara Ada
Bicu audio Ada
Radio Radio FM

Tinggalkan komentar