National Institute of Information and Communications Technology (NICT) Jepun telah memecahkan rekod baharu kelajuan internet dengan mencatatkan kelajuan 319 Terabit per saat.
Kelajuan terpantas ini mampu dicapai oleh kumpulan penyelidik NICT yang diketuai oleh Benjamin J. Puttnam dengan menggunakan kabel gentian kaca empat teras.
Ini berbeza dengan kabel gentian kaca kegunaan umum masa kini yang memiliki hanya satu teras sahaja.
Rekod kelajuan internet sebelum ini mencatatkan 178 Tbps oleh sekumpulan penyelidik United Kingdom dan Jepun pada bulan Ogos tahun lalu. Sebagai perbandingan, kelajuan purata internet terkini di Malaysia adalah 90 Mbps sahaja.
Berdasarkan perkembangan baharu dalam teknologi gentian kaca untuk kegunaan internet, dijangkakan kelajuan internet mampu dipertingkatkan dengan lebih pantas lagi di masa hadapan.













