Aplikasi perkhidmatan tempahan teksi di Malaysia, MyTeksi kini menawarkan fungsi penopengan (masking) nombor telefon pengguna bagi meningkatkan keselamatan antara penumpang dan pemandu teksi yang berurusan menggunakan aplikasi perkhidmatan ini.

Ciri terbaru ini berfungsi dengan memaparkan nombor maya pada kedua-dua belah pihak dan pada masa yang sama ia melindungi dari mendedahkan nombor peribadi yang sedang digunakan oleh penumpang mahupun pemandu teksi tersebut. Nombor maya ini akan digunakan sebaik sahaja tempahan dipersetujui dan terus digunakan sehingga perjalanan selamat tiba di destinasi atau dibatalkan separuh jalan.

Perkhidmatan MyTeksi mengutamakan keselamatan para penggunanya dan ia menawarkan fungsi nombor penjejakan (tracking number). Malah, penumpang boleh menggunakan fungsi ‘Share my ride’ untuk berkongsikan nombor pendaftaraan kenderaan teksi yang ditempah kepada kenalan dan ahli keluarga selain turut berkongsikan pautan nombor penjejakan tersebut.

MyTeksi is one of the most trusted transport brands in Southeast Asia because safety is one of our highest priorities. We must always stay vigilant and believe that the key to ensuring our drivers and passengers have the best ride experience by introducing preventive measures, such as limiting the personal details available to both parties (MyTeksi merupakan salah satu jenama pengangkutan yang paling dipercayai di Asia Tenggara kerana keselamatan merupakan keutamaan kami. Kami perlu terus peka dan percaya bahawa kunci untuk memastikan pemandu kami dan penumpang dapat pengalaman perjalanan terbaik dengan memperkenalkan langkah pencegahan seperti menghadkan maklumat peribadi pada kedua-dua belah pihak yang berurusan),” ujar Vincent Tan, Pemangku Pengarah MyTeksi.

-Sumber berita dan imej cover diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar