MySurFi, sebuah perkhidmatan internet berkelajuan tinggi menggunakan pancaran satelit telah diperkenalkan oleh syarikat Serba Dinamik.

Perkhidmatan ini menawarkan internet di kawasan-kawasan ceruk di pedalaman yang tidak mempunyai kabel rangkaian internet jalur lebar.

Buat permulaan, perkhidmatan ini telah ditawarkan kepada penduduk-penduduk di beberapa kawasan pedalaman di Melaka, Kelantan dan juga yang terbaru di Daerah Larut, Perak.

Penduduk-penduduk di kawasan yang terlibat ditawarkan rangkaian internet satelit secara percuma untuk tempoh enam bulan. Akses ke rangkaian internet MySurFi boleh dibuat dengan mendaftar masuk nama pengguna dan kata laluan dengan menggunakan WiFi.

Perkhidmatan ini disediakan oleh Serba Dinamik Group Bhd dengan usaha sama syarikat Mosyawa Sdn Bhd. Dalam perkembangan yang sama, syarikat Serba Dinamik juga dilaporkan kini telah mula melabur ke dalam industri infrastruktur teknologi satelit.

Tinggalkan komentar