Pihak kerajaan tidak mewajibkan lagi mendaftar masuk menggunakan kod QR MySejahtera untuk memasuki premis bermula 1 Mei 2022. Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kesihatan Khairi Jamaluddin pada jam 4 petang tadi.

Selepas tarikh tersebut juga, semua individu tanpa mengira status vaksinasi juga akan dibenarkan masuk ke sesebuah bangunan atau premis.

Bagaimanapun, aplikasi MySejahtera masih lagi terus digunakan bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan premis. Ini bagi dapat memastikan individu yang positif COVID atau sedang menjalani Home Surveillance Order (HSO) tidak memasuki premis.

Dalam pada masa yang sama, pihak kementerian menggalakkan orang ramai supaya mengaktifkan fungsi MySJ Trace untuk penjejakan kontak. Fungsi ini juga akan dinaiktaraf bagi menjejak penyakit-penyakit berjangkit lain seperti demam campak, HFMD, rabies, dan denggi.

Tinggalkan komentar