Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan MyDigital ID sebagai platform log masuk tunggal bagi rakyat Malaysia yang mengakses aplikasi mudah alih National Integrated Immigration System (MyNIISe) bermula 15 Januari 2026.

Bagi pelawat asing pula akan terus menggunakan kaedah log masuk sedia ada tanpa sebarang perubahan.

Pelaksanaan MyDigital ID sebagai sistem log masuk tunggal adalah sebahagian daripada inisiatif NIISe yang bertujuan mengesahkan identiti pengguna secara tepat dan selamat melalui pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara, tanpa menyimpan data peribadi pengguna.

Pendekatan ini meningkatkan keselamatan transaksi digital sambil memperbaiki pengalaman pengguna melalui log masuk tunggal, menghapuskan keperluan untuk mengingati pelbagai kata laluan.

KDN menggalakkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MyDigital ID yang tersedia di Apple App Store, Google Play dan Huawei AppGallery sebelum menggunakan MyNIISe.

Aplikasi MyNIISe telah diperkenalkan pada 22 September tahun lepas di Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor Bahru, Johor,

Sistem ini akan diperluaskan secara berperingkat ke Terminal 1 dan 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), serta lapangan terbang Bayan Lepas, Kuching dan Kota Kinabalu Sehingga 30 Disember, MyNIISe mencatatkan 599,967 muat turun dan 287,258 pengguna berdaftar.

Tinggalkan komentar