Utama Mobile Aplikasi MyDigital ID akan diwajibkan untuk akses Aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM

MyDigital ID akan diwajibkan untuk akses Aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM

247
0

MyDigital ID akan diwajibkan untuk mengakses ke aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM tidak lama lagi. Kedua-dua platform perkhidmatan kerajaan tersebut mempunyai integrasi sistem identifikasi digital tersebut.

Buat masa ini pengguna masih mempunyai pilihan untuk melog masuk ke aplikasi-aplikasi berkenaan menggunakan ID dan kata laluan sedia ada atau menggunakan MyDigital ID.

Rakyat Malaysia digesa untuk mendaftarkan ke dalam sistem identifikasi digital tersebut bagi memastikan akses ke perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan dapat diteruskan. Aplikasi MyJPJ membolehkan pengguna melihat dan memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan. Manakala platform MyBayar PDRM pula digunakan untuk semakan dan pembayaran saman trafik dari polis.

Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID Nik Hisham Nik Ibrahim dalam satu kenyataan, sistem ini menjanjikan era baharu pengesahan identiti digital yang mudah, selamat dan telus. Platform identifikasi digital berkenaan juga baru-baru ini telah menambahkan sokongan log masuk biometrik menggunakan cap jari pengguna.

Sehingga Julai lalu, MyDigital ID telah dipautkan dengan 82 sistem digital, merangkumi 35 platform kerajaan. Pendaftaran MyDigital ID buat masa ini masih lagi secara sukarela dan pihak kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mewajibkannya di masa hadapan.

Tinggalkan komentar