Utama Mobile Aplikasi MyDigital ID akan diwajibkan untuk Pendaftaran SIM Prabayar Baharu hujung tahun 2025

MyDigital ID akan diwajibkan untuk Pendaftaran SIM Prabayar Baharu hujung tahun 2025

27
0

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil telah mengumumkan My Digital ID akan diwajibkan untuk semua pendaftaran kad SIM di Malaysia. Langkah ini bertujuan memperkasakan keselamatan dan mengatasi kelompongan sistem sedia ada yang mengakibatkan jumlah pendaftaran kad SIM luar biasa tinggi di bawah satu nama.

Di dalam sidang media yang diadakan semalam, Fahmi menyatakan syarikat-syarikat telekomunikasi akan diarahkan supaya proses pendaftaran kad SIM memerlukan MyDigital ID. Beliau menambah keperluan mewajibkan MyDigital ID akan dikuatkuasakan menjelang hujung tahun ini sama ada November atau Disember. Perincian ini akan disediakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) nanti.

Menteri menyatakan keputusan ini dibuat hasil dari perbincangan di mesyuarat Malaysia Digital Economy and Fourth Industrial Revolution Council (MED4IR). Beberapa aspek keselamatan sedang diteliti dan ia melibatkan bilangan kad SIM yang didaftarkan bagi setiap individu. Buat masa ini, setiap individu boleh mendaftar sehingga ke 5 kad SIM bagi setiap syarikat telekomunikasi atau boleh mencecah jumlah keseluruhan sehingga 60 kad SIM dari setiap 12 syarikat telekomunikasi.

Garis panduan baharu untuk pendaftaran SIM prabayar ini juga menurut beliau merupakan salah satu kaedah untuk mengatasi kelompongan sistem sedia ada. Buat masa ini tidak dinyatakan jumlah kad SIM yang telah ditetapkan bagi setiap pengguna untuk seluruh syarikat telekomunikasi. MyDigital ID juga hanya boleh digunakan oleh rakyat Malaysia sahaja.

Tinggalkan komentar