Digi baru-baru ini telah mengumumkan pelaksanaan migrasi sistem pada 25 Oktober ini. Pelaksanaan ini akan memberi kesan kepada seluruh pelanggannya bergantung pada perkhidmatan yang dilanggan.

Misalnya, kelajuan internet untuk pelanggan pascabayar, prabayar dan jalur lebar mudah alih akan dihadkan kepada 5Mbps. Ia bermula dari 11.30 PM pada 25 Oktober hingga 9.30 AM hari berikutnya.

Untuk perkhidmatan VoLTE dan VoWiFi pula, perkhidmatan berkenaan tidak dapat diakses lebih awal iaitu pada jam 9.00 PM pada 25 Oktober.

Dalam pada masa yang sama, seluruh saluran perkhidmatan kendiri Digi tidak dapat digunakan sepanjang tempoh tersebut seperti:

  • MyDigi
  • Digi Store Online
  • EasyAdd
  • UMB
  • kios fizikal Digi

Perkhidmatan lain seperti pembayaran bil dan isian semula prabayar turut tidak dapat digunakan sepanjang tempoh migrasi sistem berkenaan.

Digi turut menyatakan migrasi sistem ini akan membawakan beberapa perubahan di dalam perkhidmatannya. Ia merangkumi kitaran penggunaan, perkongsian dan kuota internet yang ditawarkan kepada pengguna.

Maklumat lanjut mengenai migrasi sistem Digi ini, layari pautan berikut:

Tinggalkan komentar