Utama Microsoft Microsoft naikkan Harga Konsol, Aksesori & Permainan Xbox di Seluruh Dunia

Microsoft naikkan Harga Konsol, Aksesori & Permainan Xbox di Seluruh Dunia

227
0

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan harga bagi semua produk-produk Xbox berkuatkuasa serta-merta. Ia merangkumi konsol, alat kawalan, aksesori dan juga judul permainan pihak pertama (first-party).

Konsol-konsol Xbox menerima peningkatan harga paling mendadak dengan Series X naik sebanyak $100 (~RM426) dan untuk Galaxy Black Special Edition pula meningkat sebanyak $130 (~RM554). Manakala untuk Series S pula meningkata sekitar $80 (~RM320) dari harga asalnya.

Kenaikan harga ini turut melibatkan aksesori dengan alat kawalannya kini naik antara $5-$40 bersama-sama set kepala.

Microsoft juga menaikkan harga untuk beberapa judul pihak pertamanya yang baharu sekitar $70 hingga $80 bermula pada hujung tahun ini. Hanya perkhidmatan Game Pass sahaja yang tidak naik harga.

Berbeza dengan jenama lain, Microsoft menaikkan harga produknya di seluruh dunia. Pihak syarikat menyatakan kenaikan ini berpunca daripada keadaan pasaran semasa seperti pengumuman pengenaan tarif oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Tinggalkan komentar