Semalam, akaun rasmi Facebook, Instagram dan Twitter Microsoft Surface Malaysia telah menerbitkan dua hantaran baharu. Hantaran singkat berkenaan menunjukkan dua buah peranti baharu iaitu Surface Book 3 dan Surface Go 2.

Secara luarannya tidak kelihatan sebarang perkembangan yang terbaru, namun apabila diperhatikan dengan teliti kita dapat melihat ianya tidak memaparkan produk-produk Surface yang tidak terdapat di Malaysia.

Hantaran berkenaan juga memberikan gambaran Surface Book 3 dan Surface Go 2 akan berada di pasaran tempatan tidak berapa lama lagi. Tambahan pula, kedua-dua produk ini sudah pun melepasi persijilan oleh SIRIM sebelum ianya diumumkan oleh Microsoft.

Didaftarkan oleh Ingram Micro dan VSTECS Astar (dahulu dikenali sebagai ECS Astar), Surface Go 2 di bawah nama model 1926 telah pun telah didapati muncul di pangkalan data SIRIM pada 12 Mac.

Kemudian, pada 16 April Surface Go 2 pula muncul di pangkalan data dengan nama model 1927 dengan disenaraikan sebagai peranti LTE. Untuk Surface Book 3 pula, untuk kedua-dua model 15-inci – nombor model 1899, dan 13-inci – nombor model 1900 telah pun mendapat persijilan SIRIM pada 24 April.

Nombor-nombor model berkenaan juga kelihatan sama seperti yang didedahkan melalui pemfailan di FCC dan program ENERGY STAR. Berdasarkan petunjuk-petunjuk yang ada, kemungkinan untuk peranti-peranti Microsoft yang dinyatakan ini hadir ke Malaysia adalah amat besar.

Bagaimanapun, setakat ini masih ada sebarang pemakluman rasmi Microsoft Surface Malaysia di laman web rasminya. Sama-sama kita nantikan perkembangan ini.

Tinggalkan komentar