Microsoft Edge tidak lama lagi akan mempunyai fungsi memampatkan cache cakera (disk caches) secara automatik bagi meningkatkan prestasinya. Ia juga dikatakan mampu memberikan pengguna peningkatan kelajuan yang lebih nyata.

Menurut Microsoft, fungsi ini akan memberikan prestasi pelayar terbaik yang mampu dicapai di dalam Windows dan platform-platform lain.

Bermula dari Edge 102 dan seterusnya, pelayar tersebut secara automatik akan memampatkan cache cakera para peranti yang melepasi semakan kelayakan bagi memastikan pemampatan dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan prestasi keseluruhan.

Kandungan di dalam cache yang diwujudkan oleh pelayar pada kebiasaannya amat mudah dimampatkan. Cache merupakan aspek penting untuk memuatkan laman web dengan lebih pantas. Namun, kesan buruknya terhadap ruangan cakera komputer mampu memperlahan prestasi komputer berkenaan secara keseluruhannya.

Melalui pemampatan cache-cache tersebut, Microsoft Edge dijangka mampu menjalankan operasinya dengan lebih pantas disamping mengurangkan bebanan terhadap sesebuah komputer.

Microsoft Edge seringkali dianggap mempunyai kekurangan berbanding pelayar-pelayar moden lain sungguhpun merupakan ia merupakan pelayar lalai yang ditetapkan di dalam Windows. Atas sebab itu, Microsoft sedang giat memberikan nilai tambah terhadap pelayar terbabit sebagai salah satu usaha mengatasi penguasaan Google Chrome pada ketika ini.

Tinggalkan komentar