Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Microsoft 365 akan dipasangkan Copilot AI secara Automatik bermula Oktober ini

Microsoft 365 akan dipasangkan Copilot AI secara Automatik bermula Oktober ini

87
0

Microsoft telah mengumumkan akan memasang aplikasi Microsoft 365 Copilot AI secara automatik kepada semua pengguna aplikasi suite Microsoft 365 versi desktop.

Menurut Bleeping Computer, pemasangan ciri sokongan untuk aplikasi seperti Word, Excel, dan PowerPoint ini bermula Oktober sehingga November kepada semua pengguna di seluruh dunia kecuali di Kawasan Ekonomi Eropah (European Economic Area, EEA).

Pengguna akaun personal perkhidmatan ini bagaimanapun tidak boleh memilih untuk menolak pemasangan ini. Untuk pengguna akaun organisasi, pentadbir sistem boleh memilih untuk menolak pemasangan automatik tersebut dengan mematikan pemasangan automatik Microsoft 365 Copilot di dalam tetapan pentadbir aplikasi Microsoft 365.

Kemaskini ini merupakan sebahagian daripada gesaan penerimaan besar-besaran aplikasi Copilot AI. Julai lalu, pelayar Microsoft Edge memperkenalkan Copilot Mode yang boleh berinteraksi dengan tab pelayar yang dibuka dan mendapatkan maklumat yang sedang dicari. Selain itu, Microsoft juga menghimpunkan sekali Copilot dengan langganan Microsoft 365 yang menyaksikan kenaikan harga sebanyak 43%.

Perkembangan ini disambut baik oleh pengguna yang memanfaatkan kelebihan AI. Namun, bagi yang tidak berminat mungkin melihatnya sebagai satu lagi ciri-ciri ‘serabut dan buat semak’.

Microsoft telah membuat pelaburan membangunkan berjumlah berbillion Dollar dan langkah ini mungkin bertujuan untuk mendapatkan kembali pulangan modal pelaburannya. Bagaimanapun, statistik menunjukkan kadar penerimaan AI dikalangan pengguna tidak seperti yang diharapkan dengan syarikat-syarikat besar mula mengurangkan kebergantungan terhadapnya.

Tinggalkan komentar