Sudahkah anda bersedia untuk mengikuti keterujaan anda menantikan pelancaran peranti Galaxy baharu terus dari rumah? Ikut siaran langsung The Pre-Party menjelang acara Galaxy Unpacked 2021 di YouTube Samsung Malaysia pada jam 9 malam ini, 11 Ogos 2021
Pelbagai rancangan menarik akan dihidangkan menerusi iaran langsung Pre-Party ini yang akan dihoskan oleh Jin (@jinnyboy) dan Alexis (@alexissueann).
Rancangan ini juga turut disertai oleh barisan artis tempatan iaitu Alif Satar (@alifsatar), Daiyan Trisha (@daiyantrisha), Josephine Yap (@jyjosephine), Marianne Tan (@mariannetpy), dan kumpulan muzik wanita DOLLA – Sabronzo DOLLA (@sabronzo), Angel DOLLA (@bbyqngel), Tabby DOLLA (@tabbybabyyy) dan Syasya DOLLA (@syasya.rzl).
Selain membincangkan mengenai peranti Galaxy yang dilancarkan dalam suasana ceria, barisan selebriti ini juga akan dilibatkan dalam acara permainan mini bagi menggamatkan dan memeriahkan lagi suasana sebelum acara Galaxy Unpacked 2021 bermula.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti acara maya Galaxy Unpacked selepas rancangan The Pre-Party pada malam ini, jam 10 malam di:
Anda juga boleh mendaftarkan minat anda di dalam acara Samsung Galaxy Unpacked 2021 bagi mendapatkan baucar tambahan Samsung bernilai RM 300.













