Awal minggu ini, Maxis telah pun menyediakan data percuma untuk ke laman-laman terpilih yang membawakan maklumat dan kemaskini berkaitan wabak pandemik COVID-19. Lanjutan dari itu, penyedia perkhidmatan telekomunikasi ini turut menawarkan beberapa tawaran bagi mempermudahkan urusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di kalangan penggunanya.
Pengguna pelan pascabayar Maxis dan Hotlink boleh menebus data sejumlah 3GB bermula dari Jumaat, 27 Mac ini melalui aplikasi MyMaxis atau Hotlink Flex. Penambahan data percuma 3GB ini mempunyai tempoh luput selama 30 hari.
Bermula dari tarikh tersebut juga, pelanggan pascabayar Maxis juga boleh menggunakan aplikas Skype, Zoom dan Microsoft Teams bebas dari had kuota yang telah ditetapkan. Tawaran ini disediakan secara automatik tanpa pengguna perlu melakukan penebusan.
Untu pengguna prabayar Hotlink pula, anda bakal menikmati 20GB data percuma bagi setiap pembelian HotlinkMU bermula Isnin ini, 23 Mac. Tambahan data 20GB ini disediakan secara automatik dan boleh digunakan pada apa jua sebarang aktiviti internet pada bila-bila masa.
Melalui tawaran HotlinkMU, pengguna prabayar Hotlink turut menerima pulangan tunai 30% apabila membuat pembelian isian semula digital. Kunjungi laman web rasmi Maxis untuk maklumat lanjut.













