Utama Telco Maxis Maxis dan Dell Technologies bekerjasama perkasakan Perniagaan di Malaysia

Maxis dan Dell Technologies bekerjasama perkasakan Perniagaan di Malaysia

40
0

Kuala Lumpur, 12 Mac 2024 – Maxis, penyedia telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia, dan Dell Technologies, akan bekerjasama untuk memperkasakan perniagaan di Malaysia dengan penyelesaian keselamatan siber termaju dan penyelesaian titik akhir perusahaan yang inovatif pada 5G.

Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut telah ditandatangani di Mobile World Congress 2024 di Barcelona, Sepanyol, di mana Maxis telah menyertai sebagai sebahagian daripada Pavilion Malaysia. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, dan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Di bawah terma MoU tersebut, Maxis dan Dell Technologies akan bergabung tenaga untuk mengusahakan penawaran yang akan melindungi perniagaan daripada ancaman siber dengan lebih baik dan memastikan mekanisme pemulihan perniagaan yang teguh. Sebahagian daripada pendekatan ini juga termasuk penyelesaian titik akhir inovatif yang memanfaatkan ketersambungan 5G untuk meningkatkan dan melindungi produktiviti tempat kerja. 

‘Kami gembira dapat bekerjasama dengan Dell Technologies untuk memenuhi keperluan strategik yang penting untuk infrastruktur digital yang selamat dan berdaya tahan di Malaysia. Berdasarkan komitmen bersama kami terhadap inovasi, kami menjangkakan pembangunan perkhidmatan dan penyelesaian digital yang berkesan yang boleh mempercepatkan transformasi digital pelanggan kami dan memastikan masa depan yang berdaya tahan dan mampan untuk industri-industri kami,” kata Goh Seow Eng, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

“Kami berbesar hati atas kerjasama kami dengan Dell Technologies dalam menangani cabaran kesinambungan perniagaan yang dihadapi oleh perusahaan hari ini. Pendekatan kami melangkaui pencegahan ancaman, turut memberi tumpuan kepada daya tahan perniagaan. Dengan menggabungkan kepakaran kami, kami boleh menangani cabaran yang mendesak dan membimbing perusahaan dalam menghadapi kerumitan landskap digital dengan keyakinan,” kata Prateek Pashine, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Pengetahuan mendalam Maxis tentang landskap telekomunikasi tempatan, bersama dengan kepakaran global Dell Technologies dalam penyelesaian digital, mewujudkan kerjasama yang kukuh untuk membangunkan produk dan perkhidmatan perniagaan baharu bagi meningkatkan ketangkasan dan kecekapan perniagaan untuk syarikat dari semua saiz merentas pelbagai industri vertikal.

Kerjasama antara kedua-dua syarikat itu menunjukkan komitmen bersama untuk memacu inovasi dan menyokong ekonomi digital Malaysia. Dengan menggabungkan kekuatan masing-masing, Maxis dan Dell Technologies boleh menawarkan nilai yang lebih baik kepada perniagaan-perniagaan yang menjalani transformasi digital. 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.