November tahun lalu, Bioware telah mengumumkan akan melancarkan versi remastered trilogi Mass Effect dan akan dikenali sebagai Mass Effect Legendary Edition.

Menurut Bioware, versi ini bakal dilancarkan pada 14 Mei 2021 bersempena ulang tahun ke-13 francais berkenaan.

Dalam pada masa yang sama, sebuah trailer bagi trilogi judul permainan berkenaan turut didedahkan. Melaluinya, kita dapat melihat kualiti grafik dan animasi Mass Effect yang telah dipertingkatkan.

Selain itu, Legendary Edition ini juga bakal membawakan sokongan kawalan (controller support) dan ikatan kekunci (key bindings) yang dikemaskinikan.

Bioware juga turut memberi penambahbaikan pengubahsuaian watak pada seluruh trilogi. Anda tidak perlu lagi mengubahsuai watak satu-persatu mengikut judul, sebaliknya anda boleh terus memindahkannya dari judul terdahulu.

Mass Effect Legendary Edition bakal hadir pada PC, PlayStation 5 (PS5), Xbox Series X/S, PlayStation 4 dan Xbox One.

Tinggalkan komentar