Penumpang-penumpang pesawat pada ketika ini sebahagiannya mungkin bimbang dengan kemungkinan sebaran wabak Wuhan-Coronavirus terutamanya bagi penumpang penerbangan jarak jauh.
Malaysia Airlines bagaimanapun menyakinkan bahawa pesawat-pesawatnya telah dilengkapkan sistem penapisan udara yang mengurangkan risiko pendedahan penumpangnya dengan virus dan bakteria yang merbahaya.
Syarikat penerbangan nasional ini turut berkongsikan beberapa infografik tentang bagaimana aliran udara di dalam pesawatnya dikawal. Menurut MAS, udara di dalam pesawat sewaktu di dalam penerbangan dikitar dan ditapis dengan penapis High-Efficiency Particulate Air (HEPA).

MAS turut menambah, udara yang disedut oleh penumpang di dalam pesawat adalah lebih bersih dari udara di dalam sesetengah pejabat dan setaraf dengan kualiti udara di dalam hospital. Seperti di dalam rajah di bawah, udara di dalam pesawat-pesawat MAS ditukar-ganti 20-30 kali dalam setiap jam.
Malaysia Airlines turut mengingatkan para penumpangnya supaya mempraktiskan amalan kebersihan terbaik dan beradab ketika bersin dan batuk, selain dari kerap membasuh tangan. Setiap pesawat juga turut dibekalkan dengan kit perubatan bagi membantu di dalam keadaan kecemasan.
Statistik #novelcoronavirus2019 di seluruh dunia yang dikemas kini jam 2.30pm, 1 Feb 2020.
Malaysia kekal 8 kes positif #2019nCoV setakat ini dan kesemuanya rakyat #China. pic.twitter.com/Tc9uz2x36G
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) February 1, 2020
Sehingga petang 1 Februari 2020, terdapat 8 kes jangkitan Coronavirus yang telah disahkan di Malaysia dengan sifar kematian dicatatkan.
Sumber berita diperoleh dari Facebook Malaysia Airlines













