Walaupun rakyat Malaysia merupakan di antara penduduk-penduduk di dunia yang mempunyai sambungan internet tertinggi di dunia, laporan yang dikeluarkan oleh State of the Internet (SOTI) oleh Akamai Technologies menunjukkan bahawa kita masih lagi ketinggalan dari segi kelajuan internet.

Laporan Suku Ketiga SOTI 2015 melaporkan purata kelajuan sambungan internet Malaysia adalah lebih perlahan jika dibandingkan dengan kelajuan purata Thailand dan Sri Lanka. Kita cuma laju sikit dari Vietnam je.

Dalam laporan tersebut, Akamai menyatakan,  “Almost two times slower than Thailand, Malaysia at 4.9Mbpswas ranked 73 in a global survey from July to September this year (Hampir dua kali ganda lebih perlahan dari Thailand, Malaysia pada tahap 4.9Mbpswas dan diletakkan pada kedudukan 73 di dalam kaji selidik seluruh dunia dari Julai hingga September tahun ini) .

“In Malaysia about 87% of Internet users already stream videos on a regular basis and this figure is expected to increase by next year (Di Malaysia, lebih kurang 87% pengguna internet kerap melakukan penstriman video dan dijangkakan angka ini meningkat menjelang tahun hadapan).

“It is clear that the current connection speed might not be able to meet the demand for video streaming in the country (Amat jelas bahawa kelajuan sambungan semasa berkemungkinan besar tidak mampu memenuhi permintaan untuk penstriman video di dalam negara).”

Di dalam laporan berkenaan turut meletakkan Korea Selatan sebagai negara yang memiliki sambungan internet terpantas di rantau Asia Pasifik dengan purata kelajuan 20.5 Mbps. Manakala India merupakan negara yang paling perlahan sambungan internet dengan purata 2.5 Mbps.

-Sumber berita diperoleh dari SOTI

3 KOMEN

  1. Orang dah malas nak cakap dengan kerajaan kita hal ini, ada saja jawapan bodoh yang tersenbur keluar dari mulut tak bertapis Pak Menteri seperti: “Kalau nak internet laju pergilah berhijrah ke Korea!”..

Tinggalkan komentar