Realme kini secara rasminya telah melancarkan laptop keluarannya yang tipis dan ringan, Realme Book.

Laptop Realme ini mengetengahkan paparan IPS 3:2 14-inci beresolusi 2160 x 1440, dengan nisbah skrin-ke-badan 90% dan kecerahanan maksimum 400nits. Sungguhpun tidak menawarkan paparan sesentuh, laptop ini menyediakan perlindungan Corning Gorilla Glass.

Spesifikasi Laptop Realme Book

Untuk spesifikasi perkakasan lain, laptop ini menyediakan pemprosesan Intel Core Gen Ke-11 dengan pilihan sama ada Core i3-1115G4 atau Core i5-1135G7.

Varian Core i3 laptop Realme Book ini mempunyai RAM 8GB, storan SSD sehingga 512GB, grafik Intel UHD, serta sokongan WiFi 5 dan Bluetooth 5.1. Juga terdapat sebuah port USB-A 3.1, 2 port USB-C 3.2 dan bicu audio 3.5mm.

Manakala model Core i5 pula menawarkan RAM sehingga 16GB, storan SSD 512GB, grafik Intel Xe, sokongan WiFi 6, Bluetooth 5.2, dan juga port Thunderbolt 4 di dalam salah satu port USB-C yang ditawarkannya.

Ciri-ciri lain termasuklah bateri 54Wj yang menurut Realme mampu bertahan sehingga 11 jam penggunaan. Laptop Realme Book ini juga menyokong teknologi Super Fast Charge. Ia seterusnya mampu memenuhkan sehingga 50% kapasiti bateri dalam tempoh 30 minit.

Papan kekunci Realme Book mempunyai 3 mod pencahayaan latar, dengan pad sesentuhnya pula mempunyai ruangan yang lebih luas.

Tidak ketinggalan siri laptop Realme ini juga mempunyai pembesar suara stereo, pengimbas cap jari dan sedia untuk dinaiktaraf ke Windows 11 apabila ia dilancarkan kelak.

Laptop Realme Book ini juga menyokong PC Connect. Fungsi ini membolehkan anda menghubung serta mengajuk paparan (mirroring) paparan telefon pintar anda ke laptop.

Realme Book ini juga dikenali sebagai Realme Book Slim di sesetengah pasaran. Atas sebab itu ia mempunyai ketebalan hanya 14.9mm dan cuma seberat 1.38kg sahaja. Badan laptop ini diperbuat dari CNC dan dilapisi dengan kemasan alumimium dengan warna pilihan Real Grey dan Real Blue.

Harga Laptop Realme Book

Buat masa ini laptop Realme ini secara rasminya telah mula memasuki pasaran India dan China. Dijangkakan ia akan memasuki ke pasaran negara lain dalam masa yang terdekat ini. Untuk Malaysia, Realme Book akan dilancarkan secara rasminya pada 20 Ogos 2021.

Realme Book akan hadir dengan empat konfigurasi berbeza mengikut plihan RAM dan storan masing-masing.

  • Realme Book, Intel Core i3-1115G4, 8GB RAM, 256GB SSD— USD 749 (~RM3,176.51)
  • Realme Book, Intel Core i3-1115G4, 8GB RAM, 512GB SSD— USD 799 (~RM3,388.56)
  • Realme Book, Intel Core i5-1135G7, 8GB RAM, 512GB SSD— USD 969 (~RM4,109.53)
  • Realme Book, Intel Core i5-1135G7, 16GB RAM, 512GB SSD— USD 999 (~RM4,236.76)

 

Tinggalkan komentar